Mengapa isteri kuat cemburu?? (Isu tentang keguguran)
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbh
Tiga
minggu saya tidak menulis di Laman Emjay. Hajat hati untuk menulis
tetapi apa kan daya, yang wajib kenalah di dahulukan berbanding yang
sunat. Saya menerima gaji bulanan dari UTM dan skop kerja tugas saya
meliputi berbagai perkara termasuk sebagaimana yang diarahkan oleh ketua
jabatan. Buat pertama kali saya melakukan satu tugasan menyertai
pertandingan penyelidikan anjuran UKM semata-mata kerana akur dengan
perintah dari ketua jabatan saya. Di dalam kesibukan untuk menanda
kertas jawapan pelajar, saya redhakan diri untuk melakukan pelbagai
perkara sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan penyelidikan
berkaitan pendidikan tersebut yang berlangsung dari 18 Mei hingga 21 Mei
di Allson Kelana Resort Seremban. Pelbagai perkara kena disiapkan dari
menyiapkan produk, poster, laman web, flyers, guestbook, bookmark
dsbnya. Satu perisian baru terpaksa saya pelajari iaitu Dreamweaver 8
untuk membina laman web penyelidikan tersebut. Alhamdulillah dapat juga
anugerah pingat perak dalam pertandingan tersebut.
Dalam kesibukan saya (teramat sibuk sebenarnya), seorang
bekas pelajar saya yang saya namakan Asiah (bukan nama sebenar)
menghantar SMS ingin berjumpa dengan saya. Saya tiada pilihan melainkan
mengizinkan pertemuan tersebut. Asiah sewaktu di dalam kelas saya dahulu
memang baik orangnya. Banyak perkara yang sudah dipelajarinya.
Akhlaknya juga sudah berubah lantaran ilmu yang telah dipelajarinya.
Namun Asiah sudah kena tipuan dari syaitan iaitu ia merasakan ilmu yang
telah dipelajarinya dari saya sudah mencukupi untuk beliau melayari alam
perkahwinan ini.
Saya
sudah terasa bahawa Asiah sedang mengalami masalah yang besar apabila
setelah sekian lama Asiah menemui saya pada bulan lepas bercerita bahawa
beliau sudah berkahwin. Dari penampilan diri menyerlahkan bahawa Asiah
sedang mengalami masalah besar. Namun ini semua adalah sekadar telahan
saya sahaja. Apabila Asiah mengirim SMS menyatakan hasrat untuk bertemu
saya, tekaan saya semakin ternyata benar. Kebenaran tekaan ini terserlah
apabila perkara yang dibincangkan antara kami memanglah perkara besar.
Pada
permulaan pertemuan, Asiah menceritakan bahawa beliau baru sahaja
keguguran. Daripada ilmu yang diajarkan oleh arwah guru, keguguran
adalah diakibatkan masalah besar yang selalunya disebabkan pergeseran
antara isteri dengan suaminya. Asiah baru sahaja berkahwin belum sampai
pun setahun tetapi beliau sudah mengalami pergeseran yang panas. Kini
tiba giliran saya untuk mencari apakah sebenarnya punca masalah besar
pergeseran antara Asiah dengan suaminya. Hasil dari temubual saya dengan
Asiah, berikut adalah kesimpulan temubual tersebut:
- Asiah
sangat cemburu dengan suaminya dan amat terasa perasaan cemburu ini
apabila suaminya balik lewat atau sedikit lewat dari kebiasaan.
- Perasaan cemburu ini akhirnya menyebabkan pergeseran antara mereka apabila suami balik lewat.
- Perasaan cemburu ini timbul kerana kegusaran di dalam hatinya bahawa suaminya akan terpikat dengan orang ketiga.
Setelah
menemui punca masalah Asiah ini, saya mula mengatur langkah mencari
pendekatan terbaik untuk mendidik Asiah semoga beliau dapat keluar dari
permasalahan yang besar ini. Saya memulakan soalan “apakah hukumnya
menolak hanya satu perkataan di dalam Al Quran?”. Asiah bersetuju bahawa
penolakan ini akan menjadikan pelakunya rosak akidah atau bahasa
mudahnya KAFIR kerana menolak ketetapan Allah sebagaimana yang terdapat
di dalam Al Quran. Perkara ini dijelaskan oleh ramai ulamak dan saya
copy paste berikut sekali lagi ketetapan sebagaimana yang ditulis oleh Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) mengenai hal-hal yang menggugurkan Islam.
Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:
1. Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".
Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:
"Al-Masih
putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan
Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah
mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada
penolong bagi orang-orang yang aniaya'."
2. Bagi
siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada
perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah
hukumnya menurut ijma'.
3. Bagi
siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan
kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka
kafirlah ia.
(Sebagai
latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum
individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah
seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)
4. Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.
5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.
(Sebagai latihan, apakah hukum seseorang yang membenci hukum poligami dalam Islam.)
6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya
"Katakanlah:
Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta
Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah
beriman".
7. Sihir: seperti sharf dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:
“Keduanya
(Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan
lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu
janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa
yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".
8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:
Al Maidah: 51. Ertinya:
"Barang
siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia
masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".
9. Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.
10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah
yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".
Pelaku
hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan
main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali
orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan
sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati
dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan
seksaan azab-Nya yang pedih.
Seterusnya
saya mengemukakan soalan kedua iaitu ”Apakah hukumnya menolak atau
membenci hukum potong tangan bagi mereka yang tidak berhak untuk
mencuri”. Asiah juga bersetuju bahawa hukumnya adalah rosak akidah atau
menjadi kafir.
Seterusnya
saya mengemukakan soalan ketiga iaitu “Apakah hukumnya menolak atau
membenci hukum poligami dalam Islam?”. Asiah yang sudah diperangkap
dengan soalan satu dan dua dengan teragak-agak terpaksa menjawab antara
kedengaran dengan tidak iaitu “rosak akidah atau menjadi kafir”.
Saya
terus menasihati Asiah bahawa sesungguhnya beliau telah membenarkan
dirinya menjadi kafir kerana membenci serta menolak hukum poligami yang
dibenarkan dan menjadi satu sunnah dalam Islam. Saya terus menasihati
Asiah bahawa saya menjelaskan perkara ini bukan kerana menyuruh suaminya
berpoligami tetapi adalah kerana memaksakan Asiah agar redha dengan
segala hukum dalam syariaat Islam. Menolak satu hukum atau membencinya
menjadikan pelakunya terkeluar dari Islam. Perkara ini telah pun saya
kupas dalam artikel saya terdahulu bertajuk “Bacaan penting kaum hawa ”
di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/208 .
Saya memanjangkan nasihat saya dengan menjelaskan bahawa setiap dosa akan membawa kepada musibah sesuai dengan Asy Syura: 30 di bawah.
Dan
apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana),
maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari
perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah
memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah
yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".
An Nisaak:111.
Dan
sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya
mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya
sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan
jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala
bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara
kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan
ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Dan
Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas
setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya
dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan
sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh
rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan
untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu
kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya
serta akan ditimpakan kehinaan; ........”
Seterusnya saya mengulangi semula rentetan masalah yang telah di lalui oleh Asiah sebagaimana berikut:
1. Asiah melakukan dosa terbesar di dalam Islam iiaitu menolak dan membenci hukum poligami dalam Islam
2. Kebencian ini menyebabkan Asiah sentiasa buruk sangka terhadap suaminya (dzan). Islam
telah memperingatkan dengan sekeras-kerasnya tentang buruk-sangka, baik
kepada Allah maupun kepada sesama manusia. Dia berfirman, "Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat, ayat 12)
Buruk
sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja
menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut
melahirkan sifat-sifat zalim dan sebagainya. Akibatnya seseorang insan
akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram,
kerana sentiasa buruk sangka dengan suaminya serta tidak punya masa
untuk mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya
menyatakan, "Ketahuilah
bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah
badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah!
Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Buruk sangka paling besar bagi Asiah ialah suaminya terpikat dengan perempuan lain.
3. Perasaan buruk sangka ini seterusnya menerbitkan perasaan cemburu atau cemburu buta terhadap suaminya.
4. Buruk
sangka dan cemburu ini seterusnya membuahkan pelbagai masalah antara
mereka seperti pergeseran dan pergeseran ini adalah hadiah daripada
Allah kerana kesilapan Asiah melakukan perkara yang ditegah Islam iaitu
menolak poligami, buruk sangka dan cemburu buta.
5. Kemuncak
kepada musibah daripada Allah di atas segala kesilapan yang berlaku
kepada Asiah serta kesilapan juga kepada suami kerana tidak mendidik
isterinya mengikut acuan Islam maka Allah SWT mengurniakan KEGUGURAN.
Sebagai
penutup perbincangan saya dengan Asiah, saya menasihati agar
sekembalinya Asiah ke rumah, lakukanlah solat taubat 2 rakaat kerana
sesungguhnya kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan amat besar di
dalam Islam. Bertaubatlah dengan sesungguh taubat. Malam ini adukanlah
segala kesilapan kepada suami dan mintalah keampunan darinya. Semoga
Allah dan suami mengampunkan segala kesalahan dan semoga taubat ini
dibalas dengan pelbagai rahmat.
Sehubungan
dengan cerita Asiah ini saya ada juga mendengar cerita seorang hamba
Allah sudah beristeri untuk agak lama namun apa yang dianugerahkan oleh
Allah adalah isterinya sekadar keguguran melebihi 10 kali. Hingga
sekarang hamba Allah ini masih belum dikurniakan anak. Saya dengar
isteri hamba Allah ini bukan main cemburu dan “queen control” terhadap
hamba Allah ini. Sampai bilalah hamba Allah dan isterinya ini berjaya
memahami mesej yang disampaikan oleh Allah melalui musibah keguguran ini.
Kepada
semua pembaca Laman Emjay serta diri saya sendiri, terimalah dan
redhalah dengan setiap ketetapan hukum dalam syariaat Islam. Menolak
atau membenci salah satu darinya menjadikan pelakunya kafir. Apatah lagi
kalau kita menolak lebih dari satu.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
No comments:
Post a Comment