Sumber : La tahzan (Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)
Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu
petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda
tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan
dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya
menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka
manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari
ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini
juga.
Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga
tidak tersepit diantara dua kejadian, masa lalu dengan bebagai kesedihan dan
kegundahan yang terjadi pada masa itu, dan masa depan yang penuh ketidak
pastian dan seringkali menakutkan.
Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan
bijjak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan
ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara
indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan,
mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh. Dengan demikian,
hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram,
serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, temapat tinggal
dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.
Termalah semua yang
telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang
bersyukur. (Al-A’raf: 144)
Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu
mengerjakan segala sesuatu dengan semangat
dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada
prnsip, “masa hidupku hanyalah pada hari ini.” Prinsip inilah yang akan
menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus
berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.
Dan itu, akan membuat anda barkata dalam hati: ”Hanya hari
ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja; tidak becakap kotor
dan menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan membicarakan
keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan
pejabat agar tidak berserabut dan berselerak. Dan kerana hari ini saja aku akn
hidup, maka aku akan memeperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku,
kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku.”
Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan: “
Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti
mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan
pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan
kami semua pergi dan tidak akn kembali lagi.”
“ Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku
tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah
dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok
hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan
dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”
No comments:
Post a Comment