Melembutkan hati yang keras
FENOMENA
kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal
remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluargaan hari ini.
Banyak
faktor yang mendorong wujudnya implikasi yang kronik ini. Antaranya
berpunca daripada pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta
menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.
Justeru
itu tidak hairanlah sekiranya kebelakangan ini kita mendengar
berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di
kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah
tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.
Dalam
institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang
murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak
dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada
pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan menjamin kepada
kestabilan sosial.
Allah
menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang
terjemahannya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan
persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.
Peranan penting
Dengan
merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu
fokus manifestasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang
menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara
rohaniah.
Hati
nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk
menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk
pada kekuasaan Allah.
Qalbun
ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun
tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan anak anak dengan ibu bapa mereka
Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:
"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."
Ada juga hati yang terkunci yang dikenali sebagai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,
Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia dengan pelbagai nama yang lain.
Masalah
anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap
degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati'
iaitu sukar untuk menerima teguran dan nasihat.
Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati.
Ini
termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus
mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad
yang juga merupakan anak saudara sendiri.
Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing masing.
Bagaimanapun,
dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan
akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar dengan tuntutan akhlak
Islam, adalah wajar beberapa petikan peristiwa dalam sejarah Islam
terutama yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat
Rasulullah diberikan perhatian yang serius.
Ada
hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu
seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan
Hamzah Abdul Mutalib.
Ketiga-tiga
perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk
akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada
pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira
ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.
Kelembutan
hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk
pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.
Umar
yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah
mengambil tindakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba
hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan
dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.
Melihat
kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk
Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusahakan untuk
melembutkan hati mereka yang selama ini amat degil.
Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali.
Kali
pertama Umar mendengarnya ialah sewaktu beliau memecahkan pintu masuk
ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia
itu sudah memeluk Islam.
Kali
kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya
memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan
adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah
membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.
Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.
Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.
Melalui
bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan
ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan
hati anak-anak yang keras.
Bacalah
ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan
perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas
dalam lenanya.
Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubalah pada beberapa malam yang termampu.
Dalam
rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati
anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga
ayat 24).
Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka
No comments:
Post a Comment