Bacalah dengan nama tuhanmu..

Bacalah dengan nama tuhanmu..

Thursday, November 24, 2011

Adab bersahabat..

Adab-adab dalam bersahabat yang telah dinukilkan oleh imam Ghazali dalam kitab Hidayatul Hidayah.

1. Mengutamakan Sahabat dengan harta bendanya, Jikalau ia tidak berkuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendakkan sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.

3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4. Menutup keaiban sahabatnya.

5. Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.

6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.

7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap-cakap.

8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.

9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.

10. Memuji sahabat dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.

11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya

12. Menegahkan orang lain apabila mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela drinya sendiri.

13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.

14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.

15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati

16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematian sahabatnya.

17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.

18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak diluar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabtnya.

21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.

22. Hendaklah ia bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai kepintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya.

23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

credit: halaqah.net

Monday, November 21, 2011

Tips Cinta – Petua Membentuk Cinta Abadi

Sumber : iMotivasi

Tips Cinta 1: Cinta sejati tidak pernah merasa sunyi walaupun orang yang tersayang tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran wajah kekasih, bayangan kenangan-kenangan manis dan harapan positif untuk membina hidup bahagia menjadi teman di kala bersendirian.

Apabila Anda bersendirian atau ketika pasangan tidak ada disisi, bayangakan seolah-olah dia ada di sisi Anda. Ketahuilah rasa sunyi dan rasa tidak diendahkan adalah emosi negatif.

Hentikan perasaan ini kerana ia akan menyusahkan diri Anda sendiri. Sebab, kenikmatan cinta akan hilang tak semena-mena, diganti oleh perasaan dipinggirkan oleh pasangan. Bahaya!

Cara terbaik, imaginasikan seolah-olah pasangan ada bersama Anda, seolah-olah Anda mendengar suaranya, mendengar tawanya dan merasai kegirangannya. Bila Anda selalu lakukan teknik ini, Anda tidak akan pernah merasa sunyi walaupun kekasih hati tidak ada di sisi. Dengan melakukan hal ini, Anda sudah membina emosi positif, iaitu dengan merasai kenikmatan cinta.

Sedekahkah bacaan surah Al-Fatihah untuk dirinya, semoga dengan pahala yang Anda sedekahkan itu dia mengingati Anda selalu dan ingatan itu baik-baik sahaja. Cinta terbaik adalah cinta dibina berlandaskan agama, iaitu Anda mencinta pasangan Anda sebagai ibadah Anda kepada Allah.

Moga dari memberi cinta, Anda diberi pahala oleh ALLAH. Dengan pahala yang Anda kumpul, moga dari situ ALLAH merahmati kehidupan Anda lantas membukakan pintu-pintu kejayaan buat Anda juga buat pasangan Anda.

Motivasi cinta ada di mana-mana, sebaik-baik motivasi dalam menikmati cinta adalah memberi cinta dengan mengharap balasan pahala dari ALLAH Yang Maha Esa.


Tips Cinta 2: Sebaik-baik cinta adalah cinta kerana Allah. Motivasi cinta hadir apabila ada keinginan mahu memberikan yang terbaik kepada pasangan di dorong oleh rasa ingin berbakti sebagai satu ibadah. Moga dari ibadah yang dilakukan, ALLAH memberi ganjaran pahala. Dari pahala yang terkumpul, moga dari situ Allah memberkati kehidupan Anda dan pasangan.

Sebab kenapa banyak rumah tangga wujud pecah belah dan banyak pasangan cinta menemui jalan buntu adalah kerana perhubungan mereka tidak ada ROH. Tidak ada aura pertalian (connection) yang dibina atas dasar yang kukuh.

Roh cinta terbina hasil dari mentaati suruhan ALLAH, menjaga sembahyang, bersangka baik, saling percaya dan saling maaf-memaafi.

Cinta kerana Allah dapat membentuk cinta sejati, bagaimana?

Anda mencintai pasangan Anda kerana ALLAH, iaitu kerana Anda anggap menyayangi dirinya merupakan ibadah sunat buat diri Anda. Anda memasang niat mahu mencintai, menjagai dan bertanggungjawab kepada pasangan Anda supaya ALLAH sayangkan Anda, supaya taqwa Anda kepada ALLAH meningkat.

Apabila Anda sayang seseorang kerana Allah, serta merta akan timbul perasaan mahu menyayangi dirinya sepenuh hati tanpa mengharap balasan sedikitpun. Semakin Anda anggap cinta sebagai ibadah, semakin terdoronglah Anda untuk menyayangi dirinya. Alangkah baik jika Anda dan pasangan mempunyai mindset sebegini. Kedua-dua Anda akan semakin bahagia.

Orang bertaqwa sering mendahulukan Tuhan termasuk dalam hal menikmati cinta.

Baginya, apabila mencintai seseorang, dia melihat kekuasaan ALLAH di situ.

Dia akan anggap dengan izin ALLAH, dia dapat berjumpa dengan pasangan hidupnya. Dengan izin ALLAH, cinta buat dirinya hadir di hati pasangan hidupnya tanpa dia sendiri menyedari. Dengan izin ALLAH jugalah, mereka saling sayang-menyayangi dan membuat keputusan untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Jika cinta Anda bermasalah dan Anda tidak menemui motivasi cinta, kaji balik apa niat Anda dalam bercinta. Sebab apa Anda cintai pasangan Anda? Tanya diri Anda dengan soalan ini. Jawapan akan muncul dalam bentuk ilham,idea atau gerak hati. Jika Anda selalu lupakan Tuhan, ketahuilah masalah diturunkan sebagai teguran bahawa Anda sudah selalu lupakan Tuhan.

Untuk membentuk cinta abadi yang berpanjangan jodohnya, asaskan cinta dengan pengharapan kepada ALLAH. Biar rasa pasrah dan berserah pada ketentuan ALLAH tumbuh menebal di hati Anda dan pasangan, dari situ Anda dengan dia dapat beribadah bersama-sama, juga saling memberi yang terbaik buat pasangan masing-masing simply kerana ia satu ibadah.

Tidak akan ada sikap ungkit-mengungkit, panas-memanas, sikap ego, cemburu, bersangka buruk dan tidak ada sikap mementingkan diri sendiri.


Satu Sikap Yang Menghalang Anda Dari Merasai Nikmat Bersyukur


Sumber : iMotivasi

Jika Anda sudah pernah membaca tentang Diari Kesyukur dan Senarai Kesyukuran dalam artikel lalu, kemudian Anda ikuti langkah-langkah yang disarankan, tapi Anda susah untuk merasa bersyukur…disinilah Anda akan tahu apa sebabnya.

Sebab, di hati Anda masih ada titik hitam. Hati Anda ibarat cermin jernih yang tembus pandang. Titik-titik hitam yang mengotori hati Anda akan menggelapkan permukaannya lantas menyukarkan cahaya untuk menembusinya. Anda pun susah untuk melihat semua yang ada di sebalik cermin.

Jika hati Anda sama seperti sebuah cermin, maka susahlah untuk Anda melihat secara tembus pandang. Anda tidak akan dapat melihat ke depan kerana penglihatan Anda terhalang. Bayangkanlah Anda sedang memandu. Mata Anda terus ke depan, menembusi cermin kereta.

Apa akan terjadi apabila tiba-tiba ada banyak titik-titik hitam muncul tak semena-mena di permukaan cermin kereta Anda? Anda akan rasa tidak selesa. Anda susah nak memandu dengan lancar. Anda jadi marah. Tiba-tiba rasa tidak puas hati.

Nah..begitu jugalah dengan hati Anda. Cahaya (nur) susah untuk menembusi hati apabila ada banyak bintik-bintik hitam. Hati Anda susah untuk menjadi hati yang jernih lagi bersih sebab hati Anda kotor dengan puluhan ribu bintik-bintik hitam.

Rasa kesyukuran adalah emosi bersifat cahaya, iaitu emosi positif yang kedua tinggi kuasanya. Ia bersifat cahaya kerana apabila rasa bersyukur wujud dalam diri Anda, kesannya Anda akan merasa bersemangat semula, emosi Anda berubah jadi emosi bersemangat, Anda jadi berinspirasi.

Motivasi Anda hadir tak semena-mena dalam jumlah yang tinggi. Motivasi Anda menyala-nyala. Semangat Anda marak membakar.

Semua ini tidak akan berlaku apabila wujud bintik-bintik hitam yang mengotori hati Anda. Dari mana bintik-bintik hitam tu muncul?

Ia datang dari Anda. Bintik hitam di hati muncul dari sikap negatif Anda, diransang oleh emosi negatif yang wujud di fikiran. Emosi negatif ini diransang oleh bisikan-bisikan syaitan. Kerjanya tak ada lain. Berusaha keras membuat Anda lupakan ALLAH, simply dengan mengapi-apikan marah. Marah mengakibatkan Anda jadi tidak puas hati.

Emosi-emosi positif membuat Anda dekat dengan Tuhan. Emosi negatif membuat Anda jauh dari Tuhan. Maka apabila Anda mahu hadirkan rasa bersyukur tapi Anda susah untuk rasai kesannya, ketahuilah hati Anda masih lagi kotor.

Anda kena bersihkan. Caranya, sebelum tidur maafkan kesalahan semua orang yang berbuat salah pada Anda dari dulu sampai hari ini.

Sebagai contoh, mungkin ada kawan yang sindir Anda, mungkin bos Anda marahkan Anda, mungkin isteri Anda meleteri Anda, mungkin anak Anda perlekehkan Anda, mungkin klien Anda memaki-maki Anda hingga Anda rasa ‘down’, mungkin sahabat Anda berjanji tapi dia mungkiri janji dengan Anda.

Semua situasi tadi tu menyakitkan hati Anda (betul kan?). Setiap kali Anda sakit hati, setiap kali itu jugalah muncul bintik-bintik hitam di hati Anda dalam jumlah yang banyak. Cemana kalau Anda sudah berdendam? Pasti bintik hitam itu jadi makin membanyak, makin menebal.

Sikap suka memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur dapat menghilangkan bintik-bintik hitam lantas membuat Anda jadi bersemangat pada keesokan harinya. Amalan ini baik untuk mencuci hati.

Untuk impak maksima, lafazkan istighfar dengan setulus hati.

Mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada ALLAH kerana Anda telah berasa sakit hati pada orang lain. Istighfarlah banyak-banyak. Rasai rasa memohon maaf itu, rasai sedalam-dalamnya hingga air mata Anda mengalir tak semena-mena.

Rasa sakit hati diransang oleh bisikan-bisikan halus dari syaitan, kerana syaitan mahu Anda lupakan Tuhan sebab itu dia mengapi-apikan rasa tidak puas hati Anda. Bila Anda selalu melafaz istighfar dan selalu memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya seolah-olah tiada apa berlaku, maka bisikan-bisikan halus dari syaitan tidak akan memberi kesan lagi pada Anda.

Cahaya Tuhan (nur) akan mudah masuk ke hati. Tiap kali Anda mahu rasa bersyukur, Anda akan merasainya serta merta tanpa ada halangan, tanpa ada rasa gusar, tanpa ada sangsi. Bila rasa bersyukur ada, emosi Anda akan terubah jadi positif, Anda rasa terhibur (joy), rasa bersemangat (passionate), rasa gembira dan rasa bahagia.

Elak dari rasa tidak puas hati. Elak untuk marah.

Lebih baik memberi maaf dari cepat naik marah. Sebab, kelak diri Anda merana.

Marah itu emosi negatif.

Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan.

Sunday, November 13, 2011

Renungan..

By: myilham.com
Jangan terima sahabat kecuali atas dasar AKIDAH. Bersahabat biarlah kerana Allah dan ikatan hati antara kita dan sahabat2 biarlah diikat dengan kecintaan kepada Allah. Mahu ke Syurga bersama-sama.

Jangan mudah menganggap seseorang sebagai 'sahabat' , hanya kerana 'boleh masuk', rasa serasi, ada manfaat tertentu, ada 'geng' dan sebagainya.

Kelak bila rasa dikhianati, kita akan nanar dan hilang punca. Bak kata lagu Hijjaz, kadang2 mereka jadi Kawan, kadang2 mereka jadi Lawan.

Rasa terlalu INGIN MEMILIKI seringkali mmbuatkan manusia lupa diri. Ini hak aku, itu hak aku. Kadang2 dek terlalu ikutkan hati kita lupa pada Ilahi. Kalau ada duit banyak, kita nak pastikan duit itu sampai bila2 jadi hak kita. Kalau ada suami pulak, kita nak pastikan suami itu sampai bila2 jadi hak kita. Diambil tak boleh, dikongsi jauh sekali.

Bukan soalnya itu hak kita atau tidak, tetapi keengganan diri mengembalikan rasa 'pemilikan' itu kepada Allah adalah suatu perkara yang malang. Kalau sehelai bulu roma di tubuh kita pun bukan milik kita, apa lagi perkara yang lain?

Menyedari ini, seharusnya menjadikan kita manusia yang sederhana. Hak yang kita lihat sebagai hak, sebenarnya hanyalah pinjaman. Boleh jadi pinjaman itu menghantar kita ke SYURGA dan boleh jadi pinjaman itu menendang kita ke NERAKA. Renung2kan.
By: myilham.com

Jangan Pilih Kerana Kagum!


by myilham.com on Thursday, November 10, 2011 at 5:59am

" Hebat kan Muslim tu. Dah la suara sedap. Segak pulak tu.. ". Bisik Aida kepada kawan baiknya, sambil pipinya kemerahan tak semena-mena.


" Aku tak pernah jumpa perempuan sematang dia. Seronok kerja dengan dia, semua jadi mudah. Kalau aku tersangkut, buntu, dia tak pernah hampakan aku.." Rizal seronok bercerita tentang Sakina, gadis awal 20-an yang sangat dikaguminya.

Kagum.

Perasaan biasa yang akan mendatangi diri saat terlihat perkara-perkara yang hebat. Kagum dengan kekayaan seseorang, kagum dengan kepandaian seseorang, kagum dengan susuk tubuh seseorang, kagum dengan kecantikan dan ke'hensem'an seseorang.

Bukan soal perasaan biasa tersebut yang mahu dibicarakan. Tetapi tentang memilih calon untuk sehidup semati atas dasar kekaguman!

Kelebihan dan kekurangan adalah dua elemen yang Allah ciptakan secara bersama dalam diri seseorang manusia. Kagum yang positif adalah :

1- Kagum dengan kelebihan seseorang dan mengembalikannya kepada Allah.

2- Menginsafi juga bahawa dalam masa yang sama dia tetap punya kelemahan.

Sebabnya, kerap kali juga berlaku masalah kagum yang negatif kepada seseorang manusia. Maksudnya, kagum semata-mata kagum tanpa mengembalikannya kepada Allah, kemudian menganggap orang yang dikagumi itu tidak punya kelemahan kecuali sekadar picisan.

Sebagai contoh, banyak berlaku, 'ustazah' kagum kepada 'ustaz' kerana dilihat ilmu agamanya yang tinggi, pandai berceramah, hebat berhujah dan sebagainya. Kebetulan, si 'ustaz' itu pula masuk melamar, lalu dengan pantas diterima. Akhirnya barulah merasa sesal. Kerana apa? Banyak kelemahan dan sudut pandang lain yang tidak kelihatan sebelum menerima baru terzahir selepas berumahtangga.

Kalaupun kagum kerana hebat berceramah dan petah berhujah, jangan sampai dilupa penilaian akhlak, adab, dan etika seseorang manusia. Ramai 'ustaz' yang kelihatan gah di medan, namun hakikatnya seorang yang panas baran, ego to the max, keras kepala, 'king control' dan sebagainya.

Itu hanya contoh kekaguman yang biasa dilihat, bukan bermakna saya maksudkan golongan 'ustaz' atau 'ustazah' seperti itu. Cuma mahu menyingkap hakikat, bahawa setiap manusia ada sudut lemah masing-masing yang perlu diperbaiki.

Masalah menjadi masalah apabila memulakan hidup dengan rasa kagum dan meneruskan hidup juga dengan rasa kagum. Kagum dan menganggap bakal pasangan sebagai sangat hebat, lalu terus diterima sebagai teman hidup. Kemudian, kagum dan terus menganggap pasangan sebagai 'orang hebat' lalu segala keburukan dan kelemahan pasangan langsung tidak pernah ditegur apatah lagi diperbaiki.

Positifkah rumahtangga seperti itu?

Jadi, kalau mahu menerima pasangan, jangan pilih kerana kagum. Jangan sama sekali. Kagum itu kalau boleh, letakkan sekadar satu 'bonus' sahaja. Nilai dari banyak lagi sudut yang lain. Adakala, satu ciri yang kita kagum-kagumkan, rupanya di sana ada sepuluh lagi ciri yang kita benci dan tidak inginkan.

Kagum kepada seorang figure yang hebat, seorang pemidato yang hebat, seorang penulis yang hebat dan sebagainya, jangan lupa kembalikan kepada Allah. Dia yang memberi kehebatan2 tersebut sebagai pinjaman. Jangan puja dan puji orang lain secara berlebihan, sehingga menidakkan sebuah kekurangan. Hebat mana pun manusia, sudut aibnya tetap ada.

Kerana sikap kitalah timbul masalah, apabila terzahir keburukan pada seseorang yang kita kagum, maka kita tak boleh terima hakikat. Kalau dia hensem, kita mahu dia seperti Nabi Yusuf. Kalau dia cantik, kita mahu dia seperti Aishah Humaira. Kalau dia pandai, kita mahu dia seperti Luqman Al Hakim.

Apabila dia terpaksa mengakui hakikat bahawa dia bukanlah insan2 tersebut ( dengan melakukan kesalahan, atau terzahir keburukan ) maka kita cenderung memandang serong, sukar memaafkan dan enggan menerima. Samada kita terus menerima dia dengan menafikan keburukan yang ada, atau kita menjauhinya dengan menganggap dirinya sampah yang tidak boleh dipercaya.

Kesimpulannya, kalau dalam bab nak berumahtangga, jangan jadikan faktor KAGUM sebagai penilaian utama. Lebih banyak kesan negatif dari positifnya, percayalah. Kita nak berumahtangga bukan dengan Malaikat tetapi dengan manusia. Soalnya bukan pasangan kita nanti ada kelemahan ataupun tidak ( kerana dah memang comfirm ada kelemahan ) tetapi soalnya adalah sejauh mana kita mampu melengkapi kekurangan dan mengislah keburukan yang ada pada pasangan kita.

Sama2 kita renungkan.

Monday, October 31, 2011

kasih sayang Allah


HambaKu menyombongkan diri terhadapKu dengan berbagai bentuk kemegahan,

padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka.

Aku yang menciptakan,namun yang disembah adalah selainKu.

Aku yang memberi rezeki namun selainKu yang disyukuri

KebaikanKu selain turun kepada para hamba,

tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu.

Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatKu,

Sedangkan Aku tidak memerlukan mereka…

Mereka memancing kemurkaanKu dengan berbagai kemaksiatan

padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu..

Sesiapa yang datang kepadaKu,

Maka ia akan Ku jemput dari kejauhan,

Sesiapa yang berpaling dariKu,

Aku akan memanggilnya dari kejauhan.

Sesiapa yang meninggalkan sesuatu Demi Aku,

Akan Ku berikan kepadaNya lebih dari cukup

Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu,

Aku juga menginginkan apa yang diiniginkannya.

Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada daya dan kekuatanKu,

Maka akan Kulunakkan besi baginya.

Dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku dari selainKu,

Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.

Orang yang mengerjakan maksiat,

Tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu,

Jika mereka bertaubat kepadaKu

Maka

Aku akan menjadi kekasih mereka,

Sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat

Dan mensucikan diri.

Kalau mereka tidak bertaubat kepadaKu,

Maka Aku akan bertindak sebagai doktor mereka,

akan Ku berikan cubaan kepada mereka dengan berbagai musibah

untuk membersihkan mereka dari berbagai aib

Satu kebaikan disisiku adalah

Senilai sepuluh kali ganda yang sepertinya,

Hingga tujuh ratus kali ganda,

Hingga ke gandaan yang banyak sekali

Sedangkan kejahahatan disisiKu

Adalah bernilai Satu

Maka jika ia telah menyesal

Dan memohon ampun,

Maka Aku pun mengampuninya,

Aku mensyukuri amal yang sedikit,

Dan mengampuni banyak kesalahan…

Kasih sayangKu mendahului kemurkaanKu

Sifat penyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman,

Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu.

Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu

Daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya..


(ruj: Butir-butir Ma’rifatullah Ibnul Qayyim al-Jauziyah:
Menggapai Manisnya Iman
Oleh Syaikh Shaleh Syadi)

Tuesday, October 25, 2011

Andai ku tahu


By : Ungu

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu


belajarlah mendoakan kebahagian orang lain..

Jadilah seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..^_^

Apabila kita mendoakan kebahagian orang lain,kita dapat membersihkan jiwa kita daripada sifat dengki dan segala sifat yang tak baik yang ada pada diri kita.Sifat dengki melihat kebahagian orang lain jelas menunjukkan hati kita masih kotor lebih-lebih lagi kalau kita ada rasa dendam.Dengki menyebabkan seseorang sanggup menjatuhkan maruah orang yang didengki dan mengharapkan kesusahan baginya.Malah,sifat dengki itu akan memakan kebaikan sedikit demi sedikit.Sifat dengki iblis terhadap nabi adam jugalah yang menyebabkan iblis dikeluarkan dari syurga..iblis laknatullah merasakan dirinya lebih baik daripada nabi adam..

Jika kita belajar mendoakan kebahagiaan orang lain,kita kan merasa turut bahagia.Malah,ketenangan akan turut singgah dihati kita dan tiada lagi rasa yang menyebabkan hati terasa sakit disebabkan sifat yang tidak elok ini.Mendoakan orang lain juga dapat memupuk sifat sayang dan ambil berat dalam diri kita...

Jika kita dengki sehingga kita mengharap kebahagian itu hilang daripada orang yang didengki atau didendami amatlah tidak baik.Kita tidak patut mengharapkan begitu kerana nampak sangat kita nak diri kita seorang je nak jadi senang.Orang lain tak nak ambil kisah.Hilangkan sifat dendam dengan mendoakan kebahagian orang.Orang bahagia,kita juga sepatutnya tumpang bahagia dengan kesenangan yang mereka perolehi.Ingatlah ganjaran Allah bagi mereka yang sentiasa melakukan kebaikan sesama makhluk.

Lagipun,tidak beriman sesorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri..

Sunday, October 23, 2011

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?

Oleh: Husna Abdul Wahab
Majalh Sinar Rohani, Oktober 2004

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, 揇ikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri kuat penghayatan agamanya. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.

Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasanbin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, 揂nak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku? Hasan menjawab,kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya).

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya.Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: 揝esiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik. Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiatyang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-manabapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan ikatan sosial yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasihsayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: 揇an kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui. (an-Nur: 32)

Hilangkan benci dengan kemaafan..

Kita selalu mengimpikan pasangan yang sempurna sebagai suami atau isteri tetapi diri sendiri terlalu banyak sifat tidak elok.Buat apa kita nak pasangan yang baik kalau diri sendiri tak bersedia nak jadi baik?Jadi kalau sapa2 yang nak kahwin dengan pasangan yang baik..first,baikkan diri dulu.Sape yang inginkan kita kalau perangai kita menyakitkan hati..malah hati masih duk membenci orang lain.Hati yang ada rasa dendam dan benci susah nak bertemu jodoh.Kalu ada pun,kita akan menarik jodoh kita 2 untuk membenci kita.Ni kenyataan drpd dr.Fadzilah kamsah sendiri..bukan main tembak je..

Tapi bila hati sudah membenci, sukarnya nak hilangkan rasa benci 2..lebih2 lagi kalau orang 2 pernah menyakitkan hati kita..contohnya mengumpat ataupun menghina kita secara indirect atau terang-terangan.Kita jangan bersedih dengan kata2 tersebut..malah jadikn ia perangsang untuk berubah kearah lebih baik..tapi bila fikir2,orang yang sanggup menghina orang lain 2 dengan sengaja memang tak ada rasa simpati ckit pun kat orang 2 sebab sanggup menyebabkan orang 2 terluka dan bersedih.. hati da mcm kena hiris sembilu..huhu.Kalau nak kata apa pun,put ur condition in their shoes..Rasa sayang lagi la tak ada kalau sampai menghina 2.Kalau orang 2 marah lagi ok daripada duk menghina kita sebab orang marah ada sebabnya tapi orang yang hina kita memang nak menjatuhkan maruah kita..lagipun marah tanda sayang..menghina 2 ada tanda sayang x?mesti x der punyer..

Kata2 memang selalu kena jaga..nak cakap apa pun,fikir dahulu.Kata-kata memang lebih tajam dari pedang, malah disebabkan kata2..manusia binasa.Kecuali mereka yang bersabar dan menahan marah, mereka itulah yang mencapai darjat tinggi disisi Allah..

Membandingkan orang amatlah tidak digalakkan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Contohnya,suami yang duk cerita perihal bekas wanita dia kat isteri dia..isteri mana x sakit hati.Kalau belum kahwin 2..kena fikir dalam2..betul k pilihan aku ni?Kalau x fikir..lepas kahwin,duk makan hati je.Dr fadzilah kamsah pernah mengatakan yang lelaki macam ni memang x de hati perut.x kesian langsung kat bini dia yang telah bersusah payah untuk dia.Kalau isteri x berapa baik pun,jangan la duk hina dy..makin kecik hati dy..tapi from my observation,lelaki memang susah nak terima teguran dari isteri sebab ego kot..atau merasa lebih dari isteri dy. sebab dy kan ketua keluarga..x g2?Buat para wanita,banyakkan bersabar bila nak tegur..atau nak lebih selamat jangan tegur..lagipun x wajib bagi pihak isteri tegur kesilapan suami,kalau suami tegur isteri da jd satu kewajipan..kalau nak tegur pun,bukan secara direct..

Dan Ibu bapa pula jangan bersikap membandingkan anak2..kesian anak2 sebab anak2 makin jadi inferior bila selalu dibanding2kan..

Orang yang trauma dalam bercinta juga perlu yakin bahawa setiap orang telah Allah tetapkan jodohnya.Jadi..x payah susah2 fikir sebab jodoh dan ajal ditgn Allah.Da byk kisah dekat surat khabar yang memuatkan kisah mereka yang maut sebelum bernikah..tapi 2 da takdir..selepas kawin pun,Allah bleh tarik nyawa bila2 masa.Kalau jodoh sampai lewat pun..bukan bermakna kita tak dingini tapi semua yang terjadi ada hikmahnya..yang pasti,jodoh bukan segala2nya..banyak lagi tanggungjawab kita diatas muka bumi ni..

Kita selalu membuat pilihan yang salah tetapi pilihan yang salah 2 menunjukkan kita ni manusia lemah dalam membuat keputusan yang tepat.Nak tepat macam mana kalau nafsu dan ego sentiasa didahulukan..tak fikir panjang asalkan hasrat hati tertunai..

So,think first before you speak or act..^_^

Saturday, October 22, 2011

Kasih sayang

By: Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

permata untuk isteriku

Lagu ni agak best walaupun slow sikit..^_^

By : Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Kita adalah milik Allah

Kita manusia yang lemah tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa yang akan berlaku pada kita pada hari2 yang akan datang.Kerana itulah,kita kena menyerahkan segala urusan kita kepada Allah yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata.Kita juga perlu bersangka baik kepada Allah bahawa apa yang Allah beri kepada kita adalah yang terbaik untuk kita..tak kiralah dalam bentuk apa pun sama ada ia adalah ujian yang menyakitkan diri kita atau tak..cuba bayangkan jika kita sentiasa berada di zone selesa setiap masa,mesti kita tidak dapat mengambil pengajaran dalam kehidupan malah diri kita juga mudah goyah dengan ujian yang sedikit..

Jika kita merasakan kita mengetahui apa yang terbaik untuk kita..kita telah melakukan kesilapan yang besar sebab kita hanya manusia lemah dan hanya Allah yang maha berkuasa keatas diri kita..

Janganlah mudah putus asa dengan rahmat Allah sebab rahmat Allah itu maha luas..kita je yang cepat nak lari dari masalah sebab sifat kita yang kurang sabar.Allah bagi kita permasalahan untuk kita selesaikan dengan cara yang betul..contohnya dalam konsep hubungan kita sesama manusia..kita kena banyakkan bersabar kerana sifat tidak sabar dan ego itulah yang akan memutuskan hubungan silaturrahim..

Sesiapa yang ingin berjaya di dunia dan akhirat perlu menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia.Jika hubungan dengan manusia pun tak baik..hubungan kita dengan Allah apatah lagi.Berkasih sayanglah sesama manusia hendaklah ikhlas dan bukan untuk kepentingan diri.

Sering kali kita menuding jari kepada orang lain jika ada masalah tetapi kesalahan diri sendiri tak pernah nak tahu..padahal kita manusia memang selalu melakukan kesilapan. Sedangkan pantai pun boleh berubah,inikan pula hati manusia yang sentiasa berdolak dalik. Hati manusia boleh berubah hanya dengan keizinan Allah dan kita perlu sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan hati yang ikhlas dan sentiasa ditetapkan iman..

Thursday, October 20, 2011

Tips agar disayangi dan disenangi


Kita selalu mengharapkan orang lain mengasihi kita namun banyak sikap yang kita tonjolkan pada orang lain tak menunjukkan yang kita mahu meraih kasih sayang dari orang lain.Sikap pemarah, tak tahu berterima kasih, keras kepala, suka bertengkar, susah menerima kebenaran, tidak mesra adalah antara sikap yang boleh menjauhkan diri kita dengan orang lain.Dr Fadzilah Kamsah pernah mengatakan cara untuk menambah yakin diri adalah dengan menyayangi orang disekeliling kita dengan hati yang ikhlas dan sentiasa bersedia untuk nenolong orang lain. Antara sikap-sikap agar disayangi dan disenangi:


Berfikiran positif

Orang yang selalu berfikiran positif akan meraih ketenangan dalam hatinya kerana dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.Berfikiran positif ketika menghadapi masalah dengan orang lain dengan mengelakkan pertengkaran dapat melatih diri agar lebih optimis.Elakkan prasangka buruk dan menuduh tanpa bukti sebab prasangka itu tidak dapat menolong kita sedikit pun.

Ceria

Wajah yang sentiasa sedih dan muram akan menyebabkan orang sukar untuk menghampiri kita. Mereka mungkin menyangka kita tak nak diganggu dan didekati.Senyumlah walaupun ketika menghadapi masalah kerana ia dapat memberi ketenangan pada emosi kita.Malah,orang lain akan turut senang untuk sentiasa bersama kita.

Ramah

Ramah disini bukan bermaksud bercakap tak henti2 tapi mudah menegur orang lain dan sentiasa bertanya khabar atau bertegur sapa.

Ringan tangan

Bersedialah untuk menolong orang lain kerana sifat ringan tulang adalah sikap yang terpuji.

Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

Percaya diri


Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling.

Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

Ikhlas

Hati yang ikhlas akan mempamerkan wajah yang tenang dengan peribadi yang mulia. Ikhlas dalam melakukan setiap perkara tanpa mengharap apa-apa balasan adalah amat dituntut dan mereka yang berhati ikhlas akan memperoleh ketenangan dalam hidup.

Sunday, October 16, 2011

Kuatlah wahai hati..

Hati yang kuat tidak akan goyah dengan dugaan yang kecil mahupun dugaan yang besar.Kalau hati itu lemah dan tak tetap pendirian..mudahnya hati itu akan dipengaruhi.Macam2 dugaan menimpa kita sebagai makhluk yang lemah sama ada dugaan kehilangan harta,kematian orang tersayang,kesusahan hidup dan godaan syaitan dan hawa nafsu. Dugaan hawa nafsu boleh dianggap seperti api dalam sekam sebab apa yang dilihat bagaikan amat indah didepan mata walaupun sebenarnya ia adalah amat merosakkan jiwa dan diri.

Cuba bandingkan diri kita dengan orang yang duk afrika or yang tengah berperang..Dapat k diaorang belajar dengan kemudahan yang sempurna dan makanan yang mencukupi?Kita yang selalu dapat kemudahan sepatutnya belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada dan buat yang terbaik.Kalau kita bersyukur..Allah akan tambah lagi nikmat yang kita ada malah hati kita akan menjadi tenang..

Contohnya dalam konsep pembelajaran...nak menghabiskan pengajian amatlah susah lebih2 lagi kalau kursus kritikal..tapi jika kita memandang semua perkara dalam sudut positif, kita tak akan mudah putus asa..kita mesti yakin yang kita mampu untuk berjaya mcm orang lain.Jangan peduli pada kata2 yang boleh menjatuhkan diri kita.Jadikan setiap kritikan itu sebagai kritikan membina agar kita lebih maju ke hadapan.Masa kecil2 dulu,semuanya indah tapi bila makin dewasa,mcm2 dugaan datang menimpa.Tiba2, rasa nak kembali kat zaman kanak2 dulu..tapi semua itu adalah khayalan semata2(mengeluh lagi..)Dugaan dan cabaran dalam kehidupan kita jelas menunjukkan yang hidup kita bukannya selalu berada di atas..:(

Belajarlah untuk memimpin diri sendiri dan membuat keputusan bukan berdasarkan hawa nafsu..sebab orang yang mampu memimpin dirinya sendiri sudah tentu tak mudah bergantung harap pada orang lain.Orang yang pendiriannya mcm lalang yang ditiup angin tak akan berjaya dalam hidup sebab dia tak tahu apa yang terbaik untuk dirinya..ikut orang je..

Kata hati pun jangan diikut sangat..don't be too sensitive..ada masalah sikit dah murung seharian..celaan orang kalau boleh kita anggap mcm angin lalu..hidup ini tak layak ditangisi sebab dunia ini hanya sementara.Susah senang pun sementara je jadi jangan duk berfikir sangat mcm masalah dunia kita yang punya.Bergembiralah dengan apa yang kita masih ada..senyum dan ketawalah tapi jangan berlebihan sbb ketawa berlebihan 2 mematikan hati.Lagipun, ketawa 2 boleh mengubat jiwa yang sedih..

Kadang2 rasa malu bila kita terlalu sedih hanya disebabkan masalah kecil..nampak sangat jiwa kta ni lemah.Ramai orang yang mengalami tekanan jiwa sebab x boleh nak tampung masalah yang datang..depression dan x nak bergaul dengan orang ramai sebab rasa diri 2 tak berguna..padahal semua kata2 bisikan hati yang jahat 2 just hendak menjatuhan diri kita 2 ..contohnya 'orang lain je lebih,aku je banyak kekurangan..'padahal masa untuk memperbaiki diri 2 terbentang luas tapi lebih mudah memilih jalan singkat..lagipun kita tengok je luaran orang lain yang nampak sempurna padahal mana ada manusia yang sempurna..kat dalam mana kita boleh taw..

Last but not least,hargailah diri kita seadanya..Allah dah bagi anggota badan yang cukup,x kan kita nak duduk senang lenang tanpa berbuat apa2..kalu bleh,nak enjoy je,jadi bila ada masalah mulalah nak lari dari masalah dengan mengambil jalan yang singkat. Penyesalan 2 tidak dapat menjadikan kita lebih baik jika kita tak bersedia untuk berubah..lagipun orang2 yang betul2 menyesal tak perlu membuktikan dengan kata2 tapi melalui tindakan mereka yang tak akan mengulangi kesilapan yang sama. Penyesalan yang menyalahkan diri sehingga merasakan diri tak berguna hanya memakan diri sendiri..

Wednesday, October 12, 2011

Apakah maksud bercinta kerana Allah?

Sumber: Soal jawab agama dgn Dr Masyitah di harian metro.


SAYA ada terbaca buku bagaimana kita hendak bercinta kerana Allah. Bagaimanapun, dalam pembacaan itu ada beberapa perkara saya kurang faham iaitu perbezaan antara ilmu makrifah, tasawuf, hakikat dan syariat, juga bagaimanakah caranya kita hendak meningkatkan kecintaan terhadap Allah.


LIANA

Kuala Lipis

Istilah seperti makrifat, tasawuf, hakikat dan syariat digunakan oleh kebanyakan tariqat. Jika kita daripada kalangan orang awam, ambillah Islam daripada cara mudah yang disampaikan Rasulullah. Jika hendak mencintai Allah dan mahukan Allah mencintai kita, lakukan apa yang disukai-Nya. Banyak ayat di dalam al-Quran dinyatakan apa disukai Allah dan apa dibenci. Antaranya Allah suka pada orang bertakwa, beriman, sabar, adil, pemaaf, suka bersedekah dan taat pada Rasulullah. Jika ini sifat disukai Allah, lakukan apa yang termampu, insya-Allah anda akan dicintai Allah.

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, October 11, 2011

Nasihat Emak VS Nasihat Boyfriend

Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.

Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.

Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.

Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.

Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.

Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?

Kekasih hati atau ibu bapa kita?

Situasi 1:

Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah: Laa, Minah penat ni.

Mak: Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).

Situasi 2:

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.

Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.

Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:

Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.

Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.

Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:

Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.

Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)

Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.


Situasi 5:

Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.

Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!

Mak: Alahai anak mak.

****

Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!

Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!

Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!

Minah: ??????

-The End-


Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.

Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?

Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati

Thursday, October 6, 2011

How to judge a woman?


Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.

Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.

Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.

Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan
pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-

Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.

Monday, October 3, 2011

Berbaktilah kepada Ibu Bapa

Sumber:I luv Islam
Jum, 23 Sep 2011 09:41 | Muhdlive | Editor: nurilla88


Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.

Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)

Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.
Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)

Maksud "berbuat baik kepada kedua ibu bapa" sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.

Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam, anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.

Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim)

Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.

Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.

Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)

Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.

Para isteri perlu menyedari hakikat kewajipan suami terhadap orang tuanya dengan merelakan suami menunaikan tugasnya terhadap kedua ibu bapanya dengan sempurna sekalipun memerlukan masa, wang dan pengorbanan lain. Menghalang suami dari berbakti kepada kedua ibu bapanya di hari tua adalah satu pilihan yang kejam.

Mengambil hak seorang ibunya yang benar-benar mengharapkan adanya anak yang akan mengingati jasa dan pengorbanan silam dengan menjaganya saat-saat tidak berkeupayaan adalah satu sifat yang tidak berperikemanusiaan. Alangkah baiknya sekiranya masih ada isteri akan mengingatkan suami akan kewajipan menjaga orang tuanya.

Kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, seorang pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Dia tidak dapat mengucap kalimah syahadah lantaran sikapnya yang mengutamakan isteri daripada ibunya. Sedangkan Alqamah merupakan seorang yang taat kepada perintah Allah, rajin menunaikan solat, suka bersedekah dan sering berpuasa.

Lantas, Rasululllah SAW memanggil ibunya bagi mendapatkan keampunan, sebaliknya ibunya menolak kerana masih berkecil hati dengan sikap Alqamah yang mengutamakan isterinya. Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya.

Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan seterusnya Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Sebaik sahaja Alqamah dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)

Para isteri perlu lebih memahami hak-hak ibu ke atas anaknya yang diberi keutamaan dalam Islam. Lantaran, anak-anak kita juga akan bertindak dengan apa yang pernah kita perlakukan terhadap ibu bapa kerana kesaksamaan Allah yang maha adil. Justeru, isteri harus bersikap reda dengan ruang-ruang yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap ibu bapanya.

Kehadiran anak adalah sesuatu yang berharga di hari tua. Nabi Ibrahim meluahkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi anak yang bakal menemani di hari tua sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. (Surah Ibrahim, ayat 39)

Sunday, October 2, 2011

Hidup ini memerlukan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan.Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah jika cuba lari dari masalah tersebut.Contohnya dalam kehidupan suami isteri..(walaupun yang bercakap x kahwin lagi).

Seperti yang kita tahu..wanita diciptakan daripada tulang yang bengkok dan lebih emosi berbanding lelaki.Sebab 2 dalam mahkamah pun,2 orang saksi perempuan diperlukan(x pasti betul k x tapi pernah dengar..jadi kena rujuk balik)sebab permpuan biasanya mudah dipengaruhi emosi dan talak juga ditangan lelaki.Sebab kalau talak di tangan perempuan,hancurlah rumah tangga.Hukum ALLAH amat cantik kerana Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Lelaki yang baik akan membimbing isterinya agar sentiasa di jalan yang lurus dan bersabarlah dalam menghadapi kerenah isteri sbb perempuan ni memang byk yang bengkok,jadi banyaklah kekurangannya.Contohnya,Khalifah Umar hanya mendiamkan diri apabila dileteri isterinya walaupun dia adalah khalifah yang hebat.Walaupun begitu,hati perempuan amat lembut dan mudah dibimbing jika kena caranya..sebab 2,perempuan ditugaskan untuk menjaga anak dan rumahtangga..they are very special..^_^


Ruangan dibawah diambil dari ruangan dangsetia.hmetro..moga ia dapat membuka minda kita..


SAYA selalu mengikuti ruangan ini. Cuma kali ini saya terfikir untuk meluahkan masalah yang lama dipendam dan tidak tahu kepada siapa harus saya nyatakan.

Saya berkahwin hampir dua tahun lalu dengan pilihan sendiri dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima bulan. Perkenalan kami sungguh singkat dan saya mengambil keputusan berkahwin kerana memikirkan umur sudah lanjut.

Isteri saya boleh dikatakan memiliki paras rupa menarik tetapi degil, baran dan sangat sensitif. Jika kami berselisih faham, dia selalu minta cerai.

Kadangkala terfikir menyesal berkahwin, tapi apakan daya jodoh pertemuan kuasa Ilahi.


Selama ini saya selalu mengalah dan memikirkan anak masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Saya buntu memikirkan masalah ini kerana tahap kesabaran saya ada hadnya.


JEJAKA A
Melaka



Perselisihan faham dan pertengkaran pasti merimaskan pasangan, terutama apabila mereka mengharapkan kehidupan bahagia di alam perkahwinan.

Usia perkahwinan yang hampir dua tahun seharusnya dinikmati dengan aman, jauh berbeza dengan keadaan dilalui saudara sekarang.

Ibarat pepatah Melayu, ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Itu konsep sebenar dan saudara harus siap sedia sebaik bergelar suami. Ia menjadikan saudara matang sebelum menghadapi gelombang perkahwinan.

Justeru, saudara seharusnya kreatif mewujudkan ion positif menjadikan tenaga negatif seperti sikap baran dan degil isteri tidak terus menerus menjarakkan ikatan saudara dan isteri.

Selain mengelak, saudara perlu berusaha dekatkan diri dengan isteri dan gunakan pendekatan lembut supaya isteri tidak lagi berkasar.

Kenali kesukaan dan wujudkan suasana romantis ketika saudara mula mengenali.
Jangan malu terus menyemai perasaan cinta supaya isteri tidak lagi sensitif.

Kadangkala isteri menjadi sangat sensitif dan mudah melenting kerana ingin meraih perhatian.

Diharap ia bukan saja melembutkan hati isteri, malah saudara mendapat mencari keserasian dan kebahagiaan yang kian hilang dalam hubungan saudara dan isteri.

Di samping itu, suburkan hubungan dengan kata-kata sayang dan doa supaya ikatan perkahwinan kukuh hingga ke anak cucu, insya-Allah.

Saturday, October 1, 2011

Soal jawab agama



Soalan :
assalamualaikum...

ustaz...saya ada satu soalan yg saya ingin tahu...

1.Apa hukum wanita atau lelaki bersembang dgn lelaki atau wanita yg bukan suami atau isteri atau bkn ahli keluarga seperti ber balas2 komen dlm forum,blog, myspace dan sebagainya....

2.Apa hukum lelaki dan wanita yg belum berkhawin ber sms...

sekian terima kasih....

Jawapan :
1. berbual dalam forum antara lelaki dan wanita yg bukan mahram ada batasanya sebagaimana yg ditetapkan oleh syarak.
Jika perkara2 yg tidak terhitung sebagai syahwat atau mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah harus sebagaimana diharuskan bercakap dengan tujuan jual beli atau seumpamanya.
Olih itu forumer hendaklah menjaga batas2 tersebut agar tidak melanggar apa yg dilarang kerana tanpa beringat akan mudah terbabas kepada perkara yg dilarang seperti memenuhi hawa nafsu semata2 seperti yg terjadi dalam laman2 chat dan seumpamanya.

2. Demikian juga hukum sms. Jika terbatas kepada perkara mustahak dan perlu maka hukumnya tidak dilarang. Bersms adalah lebih ringan dari berbual secara berhadapan.

wallahua'lam


Sumber http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=1024



Saye nak tambah skit soalan berkaitan topik ni. Bagaimana pula kalo bersms/chat/telefon dengan tujuan untuk mengenali nya? Dan Kalau kedua-dua lelaki dan wanita itu tidak pernah bertemu, bagaimana cara yang betul yang sepatutnye dilakukan utk mengenali antara satu sama lain bagi tujuan mencari pasangan hidup?[/box]

[box title=Jawapan:]

Tidak salah untuk mengenali wanita melalui sms atau seumpamanya tetapi hendaklah tidak melanggar batas2 Islam.
Yang penting ialah ada niat untuk dijadikan isteri jika berkenan.

Sebaiknya hendaklah dirisik bakal isteri dengan cara mengetahui latar belakangnya melalui orang2 yang mengetahuinya seperti kawan sepejabat, kawan sekampung atau kaum keluarganya.

Perbualan telefon tidaklah harus sebagaimana yang berlaku sekarang sampai berbual berjam2 dan masuk perkara2 yg tidak harus seperti bersuka2 dan berseronok.

Harus mengunjungi perempuan yang ingin kita jadikan isteri dirumahnya dengan ditemani olih mahram.
Inilah apa yang diajurkan olih agama untuk kita ikuti mudah2an mendapat berkat rumahtangga yang dibina.

wallahua'lam
[/box]

Rujukan http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=1024


Jika orang marah pada kita..

Kita manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan..jadi,kalau orang lain marah dengan kita sama ada marah 2 drpd orang terdekat atau jauh, kita patut tahu cara untuk menyelesaikannya..langkah2nya termasuklah..

1-Akui kesilapan sendiri: bgtau pada orang yang marah kita yang kita akui kesilapan kita..jangan sombong sbb kita yang cari pasal dulu..jangan nak tunjuk ego x pasal2 sbb ego 2 ibu segala sifat mazmumah..

2-Minta maaf cepat2-Katakan dengan lemah lembut yang kt nak mtk maaf darinya.Jika dia tidak sudi berjumpa dengan kt secara berdepan-depan..jangan paksa dirinya agar kt tak memburukkan keadaan. Lgpun,orang tengah marah, jadi biar dia sejuk dulu..Kalau dia x sudi jumpa,hantar msg yang kt mtk maaf dan mengharapkan kemaafannya.Nama dah mintak maaf..jadi terpulang orang 2 nak memaafkan kita atau x.Tp niat untuk meminta maaf 2 biar la ikhlas dan betul2 dari hati.Kalau orang 2 x respond dengan permintaan maaf kita,jangan paksa dia.Mungkin dia tengah ambil masa utk melupakan kesalahan kita..lgpun,kita mtk maaf adalah utk mendapatkan kemaafan..bersabarlah dalam mengharapkan kemaafan orang lain..

3-Jangan marah-Kadang2 bila orang marah kita disebabkan kesilapan kita...kita cenderung utk lawan balik sebab merasakan diri tidak salah.Hal inilah yang akan memburukkan lagi keadaan..Bila orang marah..kita patut jadi air..air kan lawannya api?Kalau msg2 marah,mcm mane nak selesai masalah..kita patut pandai kawal emosi..tilik dulu diri sendiri:betul k tindakan aku ni?..ambil keputusan yang boleh bagi kebaikan utk kedua-dua pihak.kalau orang 2 panas baran,x pasal2 kena makan penumbuk..lebih baik diam sebab diam 2 bukan bermakna nak tunjuk kt lemah tetapi diam 2 adalah sabar..Lgpun,orang yang selalu marah sebenarnya jiwanya lemah sebab x mampu untuk mengawal emosi dan tekanan..lagipun,marah itu api..dan api itu adalah syaitan..kita patut bersimpati dengan orang yang selalu marah..

4-Jangan menegur perbuatan orang yang marah kita secara direct-Bila kita dimarahi..kita pun meminta maaf dan telah dimaafi.Jangan la kita duk ungkit kesilapannya lagi sebab marah kita..bila kita dah dimaafi, kita plak da naik tocang blik..kita kena ingat yang kita sudah meminta maaf darinya..dan kemaafan yang diberikan patut dihargai..kalau nak tegur pun,biarlah dengan cara berkias..sebab teguran secara direct ni kadang2 orang lain ssh nak terima..

5-Jangan ulang kesilapan sama-Berusaha utk tidak melakukan kesilapan sama..jangan pentingkan diri sampai melukakan hati orang lain..berubahlah demi kebaikan diri sendiri..lagipun tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai orang lain seperti mana dia mencintai dirinya..

Friday, September 30, 2011

how to forgive and forget?

hOW tO Forgive?

Memaafkan orang lain amat susah terutamanya bagi yang telah banyak menyakitkan hati kita..tetapi kita patut percaya bahawa memaafkan orang lain itu satu manfaat yang besar kerana ia menyebabkan hati kita jadi lebih tenang dan tidak sengsara..

Jika kita sukar memaafkan orang tersebut..sudah tentu masih ada sisa dendam dalam hati kita. Dendam itu bagaikan api yang akan membakar diri kita dalam senyap...mcm cancer cells yang merebak dalam tubuh kita.Lme2,kita yang akan sengsara..orang yang kita dendami pulak sudah tentu kita inginkan dia tidak bahagia dalam hidup dan mengharap agar dia kecundang..

Jadi..hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita berbuat baik sesama islam dan bukan islam..janganlah kita cuba memburukkan orang yang didendami kerana kita dapat dosa mengumpat dan membuka aib orang lain..kalau kita sudah terjebak dalam perkara itu, banyakkan mengingati siapa kita yang sebenarnya..hanyalah hamba Allah yang hina dan ajal kita boleh ditarik bila-bila masa.Time kita enjoy,kita x taw entah2 malaikat maut tengah menunggu untuk mengambil nyawa kita..mse 2,barulah menyesal bukan kepalang..sbb x sempat bertaubat..

Ya Allah..moga2 aku tergolong daripada hambamu yang sempat bertaubat sebelum mati..Amin..

Kita juga jangan sibukkan diri kita dengan perkara yang tak berfaedah dan anggaplah celaan orang seperti angin lalu..dan berubahlah.Cubalah memaafkan orang lain dan mendoakan orang tersebut berubah.Kadang-kadang, kita patut sedar yang kita bukan makhluk yang sempurna..jangan la disebabkan kesilapan orang,kita menghukumnya seumur hidup..bila2 masa,Allah boleh beri hidayah kepadanya dan mungkin kita juga tidak tahu nasib dy diakhirat kelak mungkin lebih baik dari kita..Dan orang disekeliling kita jugak bukan sempurna..mereka juga seperti kita..don't expect orang akan selalu menghargai diri kita jika kita ini masih banyak sifat2 mazmumah.

Hati seorang mukmin itu bersih..tanpa noda hitam..jika selalu barcakap kotor sudah tentu hati itu akan menjadi gelap..bercakaplah dengan lemah lembut dan jauhi pertengkaran walaupun kita di jalan yang benar.Ingatlah..ganjaran Allah amat besar bagi mereka yang sabar..

Apa tujuan sebenar kita hidup?Apakah kita ingin menunjukkah kepada orang lain yang aku lebih cantik darinya,aku lebih pandai, aku lebih berpengaruh dan ramai kawan,aku lebih kaya dan tinggi pangkat darinya..?Adakah semua itu bernilai disisi ALLAH..tidak sma sekali..yang membezakan seorang mukmin itu hanyalah taqwa..

Janganlah menunjukkan kita ni lebih dari orang yang kita dendami..padahal hati kita masih kotor dan berkarat..biarlah kita rendah dimata manusia,tapi jangan rendah pada pandangan ALLAH..

Tinggi di mata manusia hanya akan beroleh kehormatan sementara didunia tetapi jika diri kita rendah disisi ALLAH..NERAKALAH TEMPATNYA utk tempoh yang panjang jika nak dibandingkan dunia yang bagaikan sesaat itu tetapi masih kita kejar-kejarkan..

Thursday, September 29, 2011

LifE...

TakdiR ilahi memang kita tidak dapat sangka sbb kita tak pernah tahu apa yang berlaku pada esok hari dan juga hari-hari yang akan datang. Ujian kesusahan dan kesempitan menunjukkan hidup ini tak selalunya indah..tapi kita jangan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih dari diri kita sebab itu menyebabkan kita jadi makin x bersyukur.Tapi kalau kita nak berusaha menjadi sepertinya..that's the good effort..

Sometimes..kita rasa diri tak berharga jika tak dihargai orang lain..rasa macam nk putus asa dan rasa juga macam nak berhenti nak buat baik.Tapi selalulah ingat setiap kebaikan akan mendapat balasan dari Allah..kalau kita buat baik, kita akan dapat pahala..buat jahat dapat dosa. Jadi, kita kena ingat dan yakin yang Allah itu maha adil. Walaupun yang menulis pun banyak buat kesilapan ..tapi..the desire to change must be instilled in our heart..^_^

Kalau orang lain marah pada diri kita , kita perlu cari puncanya sebab x kan orang nak marah tba2 kat kita tanpa sebab..jangan cuba cari peluang untuk membalas dendam.(But still, I am not sure whether I am that kind of person or not..:) sbb dendam itu menyebabkan diri kita rasa x tenang..sbb pernah experience that kind of feeling..sungguh menyakitkan tapi x bagi apa2 kebaikan pun.One more..jika orang tegur,jangan cepat melatah..perhati diri kita betul k tak kita macam 2..kalau tak,buat je x taw sbb mulut orang x bleh nak tutup.Jangan nak tunjuk diri ego..duk bertengkar pulak..tapi orang yang menegur perlu ingat jangan nak tegur sambil marah-marah..n wat muka cemberut..confirm orang yang kita tegur x dengar pun..lagi-lagi, orang yang keras hatinya,tak sabar n tak taw cara berdiplomasi dengan betul..cuba tegur dengan kasih sayang dan berlemah lembut..(walaupun aku sendiri x pernah taw cmne aku tegur orang lain,mungkin laser jugak kot) tapi yang penting,kalu aku jadi orang yang dtegur mesti nak yang macam 2..kalu x dengar lagi,x taw la..

Macam cikgu tegur anak muridnya..jangan la duk menghina anak murid tak pandai,bodoh k..sebab x bagi effects yang baik pun..cuba bayang kalau ibu mengatakan anaknya bodoh..anak akan jadi x yakin diri..lgpun cikgu pun mcm mak ayah kita kat sekolah.Lagipun..kata bodoh 2 jangan ingat x dapat dosa..kita perlu ingat setiap orang berbeza penerimaannya..ada orang makin kuat jika dihina(tak pernah jumpa setakat ni,kalau yang makin marah 2 ada la) namun ada juga yang makin kecundang..malah,dalam Islam pun x mengajar kita marah-marah..kita dapat buat orang berubah.Mereka yang kuat adalah mereka yang mnyerahkan segala urusannya kepada Allah..bukannya sebab nak tunjuk kat orang lain yang aku ni kuat..sebab sape yang bagi kita kuat kalau bukan Allah..

Sebab Allah akan menguji hamba-hambanya dengan ujian agar kita dapat tahu iman kita setakat mana dan tahap kesabaran kita..