Sumber : iMotivasi
Jika Anda sudah pernah membaca tentang Diari Kesyukur dan Senarai Kesyukuran dalam artikel lalu, kemudian Anda ikuti langkah-langkah yang disarankan, tapi Anda susah untuk merasa bersyukur…disinilah Anda akan tahu apa sebabnya.
Sebab, di hati Anda masih ada titik hitam. Hati Anda ibarat cermin jernih yang tembus pandang. Titik-titik hitam yang mengotori hati Anda akan menggelapkan permukaannya lantas menyukarkan cahaya untuk menembusinya. Anda pun susah untuk melihat semua yang ada di sebalik cermin.
Jika hati Anda sama seperti sebuah cermin, maka susahlah untuk Anda melihat secara tembus pandang. Anda tidak akan dapat melihat ke depan kerana penglihatan Anda terhalang. Bayangkanlah Anda sedang memandu. Mata Anda terus ke depan, menembusi cermin kereta.
Apa akan terjadi apabila tiba-tiba ada banyak titik-titik hitam muncul tak semena-mena di permukaan cermin kereta Anda? Anda akan rasa tidak selesa. Anda susah nak memandu dengan lancar. Anda jadi marah. Tiba-tiba rasa tidak puas hati.
Nah..begitu jugalah dengan hati Anda. Cahaya (nur) susah untuk menembusi hati apabila ada banyak bintik-bintik hitam. Hati Anda susah untuk menjadi hati yang jernih lagi bersih sebab hati Anda kotor dengan puluhan ribu bintik-bintik hitam.
Rasa kesyukuran adalah emosi bersifat cahaya, iaitu emosi positif yang kedua tinggi kuasanya. Ia bersifat cahaya kerana apabila rasa bersyukur wujud dalam diri Anda, kesannya Anda akan merasa bersemangat semula, emosi Anda berubah jadi emosi bersemangat, Anda jadi berinspirasi.
Motivasi Anda hadir tak semena-mena dalam jumlah yang tinggi. Motivasi Anda menyala-nyala. Semangat Anda marak membakar.
Semua ini tidak akan berlaku apabila wujud bintik-bintik hitam yang mengotori hati Anda. Dari mana bintik-bintik hitam tu muncul?
Ia datang dari Anda. Bintik hitam di hati muncul dari sikap negatif Anda, diransang oleh emosi negatif yang wujud di fikiran. Emosi negatif ini diransang oleh bisikan-bisikan syaitan. Kerjanya tak ada lain. Berusaha keras membuat Anda lupakan ALLAH, simply dengan mengapi-apikan marah. Marah mengakibatkan Anda jadi tidak puas hati.
Emosi-emosi positif membuat Anda dekat dengan Tuhan. Emosi negatif membuat Anda jauh dari Tuhan. Maka apabila Anda mahu hadirkan rasa bersyukur tapi Anda susah untuk rasai kesannya, ketahuilah hati Anda masih lagi kotor.
Anda kena bersihkan. Caranya, sebelum tidur maafkan kesalahan semua orang yang berbuat salah pada Anda dari dulu sampai hari ini.
Sebagai contoh, mungkin ada kawan yang sindir Anda, mungkin bos Anda marahkan Anda, mungkin isteri Anda meleteri Anda, mungkin anak Anda perlekehkan Anda, mungkin klien Anda memaki-maki Anda hingga Anda rasa ‘down’, mungkin sahabat Anda berjanji tapi dia mungkiri janji dengan Anda.
Semua situasi tadi tu menyakitkan hati Anda (betul kan?). Setiap kali Anda sakit hati, setiap kali itu jugalah muncul bintik-bintik hitam di hati Anda dalam jumlah yang banyak. Cemana kalau Anda sudah berdendam? Pasti bintik hitam itu jadi makin membanyak, makin menebal.
Sikap suka memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur dapat menghilangkan bintik-bintik hitam lantas membuat Anda jadi bersemangat pada keesokan harinya. Amalan ini baik untuk mencuci hati.
Untuk impak maksima, lafazkan istighfar dengan setulus hati.
Mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada ALLAH kerana Anda telah berasa sakit hati pada orang lain. Istighfarlah banyak-banyak. Rasai rasa memohon maaf itu, rasai sedalam-dalamnya hingga air mata Anda mengalir tak semena-mena.
Rasa sakit hati diransang oleh bisikan-bisikan halus dari syaitan, kerana syaitan mahu Anda lupakan Tuhan sebab itu dia mengapi-apikan rasa tidak puas hati Anda. Bila Anda selalu melafaz istighfar dan selalu memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya seolah-olah tiada apa berlaku, maka bisikan-bisikan halus dari syaitan tidak akan memberi kesan lagi pada Anda.
Cahaya Tuhan (nur) akan mudah masuk ke hati. Tiap kali Anda mahu rasa bersyukur, Anda akan merasainya serta merta tanpa ada halangan, tanpa ada rasa gusar, tanpa ada sangsi. Bila rasa bersyukur ada, emosi Anda akan terubah jadi positif, Anda rasa terhibur (joy), rasa bersemangat (passionate), rasa gembira dan rasa bahagia.
Elak dari rasa tidak puas hati. Elak untuk marah.
Lebih baik memberi maaf dari cepat naik marah. Sebab, kelak diri Anda merana.
Marah itu emosi negatif.
Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan.
No comments:
Post a Comment