Bacalah dengan nama tuhanmu..

Bacalah dengan nama tuhanmu..

Thursday, October 20, 2011

Tips agar disayangi dan disenangi


Kita selalu mengharapkan orang lain mengasihi kita namun banyak sikap yang kita tonjolkan pada orang lain tak menunjukkan yang kita mahu meraih kasih sayang dari orang lain.Sikap pemarah, tak tahu berterima kasih, keras kepala, suka bertengkar, susah menerima kebenaran, tidak mesra adalah antara sikap yang boleh menjauhkan diri kita dengan orang lain.Dr Fadzilah Kamsah pernah mengatakan cara untuk menambah yakin diri adalah dengan menyayangi orang disekeliling kita dengan hati yang ikhlas dan sentiasa bersedia untuk nenolong orang lain. Antara sikap-sikap agar disayangi dan disenangi:


Berfikiran positif

Orang yang selalu berfikiran positif akan meraih ketenangan dalam hatinya kerana dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.Berfikiran positif ketika menghadapi masalah dengan orang lain dengan mengelakkan pertengkaran dapat melatih diri agar lebih optimis.Elakkan prasangka buruk dan menuduh tanpa bukti sebab prasangka itu tidak dapat menolong kita sedikit pun.

Ceria

Wajah yang sentiasa sedih dan muram akan menyebabkan orang sukar untuk menghampiri kita. Mereka mungkin menyangka kita tak nak diganggu dan didekati.Senyumlah walaupun ketika menghadapi masalah kerana ia dapat memberi ketenangan pada emosi kita.Malah,orang lain akan turut senang untuk sentiasa bersama kita.

Ramah

Ramah disini bukan bermaksud bercakap tak henti2 tapi mudah menegur orang lain dan sentiasa bertanya khabar atau bertegur sapa.

Ringan tangan

Bersedialah untuk menolong orang lain kerana sifat ringan tulang adalah sikap yang terpuji.

Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

Percaya diri


Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling.

Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

Ikhlas

Hati yang ikhlas akan mempamerkan wajah yang tenang dengan peribadi yang mulia. Ikhlas dalam melakukan setiap perkara tanpa mengharap apa-apa balasan adalah amat dituntut dan mereka yang berhati ikhlas akan memperoleh ketenangan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment