Bacalah dengan nama tuhanmu..

Bacalah dengan nama tuhanmu..

Monday, September 24, 2012

Tanda-Tanda Hati Kita Keras

Sumber : I luv Islam

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

01.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]

02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

04.Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Melembutkan hati yang keras



Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa Bangi.
 
 
FENOMENA kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluar­gaan hari ini.
 
Banyak faktor yang mendorong wujudnya imp­likasi yang kronik ini. Antaranya berpunca daripa­da pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.
 
Justeru itu tidak hairanlah sekiranya kebe­lakangan ini kita mendengar berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.
 
 
Dalam institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan men­jamin kepada kestabilan sosial.
 
Allah menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang terjemahan­nya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.
 
Peranan penting
 
Dengan merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu fokus manifes­tasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara rohaniah.
 
Hati nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk pada kekuasaan Allah.
 
Qalbun ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan  anak anak dengan ibu bapa mereka
 
Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:
 
"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."
 
Ada juga hati yang terkunci yang dikenali seba­gai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,
 
Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia  dengan pelbagai nama yang lain.
 
Masalah anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati' iaitu  sukar untuk menerima teguran dan nasihat.
 
Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati.
 
Ini termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad yang juga merupakan anak saudara sendiri.
 
Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing ­masing.
 
Bagaimanapun, dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar den­gan tuntutan akhlak Islam, adalah wajar bebera­pa petikan peristiwa dalam sejarah Islam teruta­ma yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat Rasulullah diberikan perhatian yang serius.
 
Ada hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan Hamzah Abdul Mutalib.
 
Ketiga-tiga perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.
 
Kelembutan hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.
 
Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tin­dakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.
 
Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusa­hakan untuk melembutkan hati mereka yang sela­ma ini amat degil.
 
Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali.
 
Kali pertama Umar mendengarnya ialah sewak­tu beliau memecahkan pintu masuk ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia itu sudah memeluk Islam.
 
Kali kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.
 
Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.
 
Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.
 
Melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan hati anak-anak yang keras.
 
Bacalah ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas dalam lenanya.
 
Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubal­ah pada beberapa malam yang termampu.
 
Dalam rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga ayat 24).
 
Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka

Sunday, September 16, 2012

Sumber : solatjemaatjumaat

9 Nafsu 1 Akal

Dikatakan perempuan mempunyai 9 nafsu, manakala lelaki 9 akal... Darimanakah asalnya ungkapan tersebut, adakah ianya dalam kategori hadis nabi?

Bagaimana pulak dengan pernyataan ini, perempuan memiliki 9 emosi, manakala lelaki mempunyai 9 logik...

**********************************
Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,” Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.” Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?” Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?” Maka para wanita itu menjawab: “Ya” Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?” “Para wanita menjawab: “Ya.” Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.” [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan.

Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

WAllahua’lam.

Saturday, September 15, 2012

renungan buat wanita



Sumber : Laman Emjay



May 23, '09 11:17 PM
for everyone
Mengapa isteri kuat cemburu?? (Isu tentang keguguran)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbh

Tiga minggu saya tidak menulis di Laman Emjay. Hajat hati untuk menulis tetapi apa kan daya, yang wajib kenalah di dahulukan berbanding yang sunat. Saya menerima gaji bulanan dari UTM dan skop kerja tugas saya meliputi berbagai perkara termasuk sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan. Buat pertama kali saya melakukan satu tugasan menyertai pertandingan penyelidikan anjuran UKM semata-mata kerana akur dengan perintah dari ketua jabatan saya. Di dalam kesibukan untuk menanda kertas jawapan pelajar, saya redhakan diri untuk melakukan pelbagai perkara sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan penyelidikan berkaitan pendidikan tersebut yang berlangsung dari 18 Mei hingga 21 Mei di Allson Kelana Resort Seremban. Pelbagai perkara kena disiapkan dari menyiapkan produk, poster, laman web, flyers, guestbook, bookmark dsbnya. Satu perisian baru terpaksa saya pelajari iaitu Dreamweaver 8 untuk membina laman web penyelidikan tersebut. Alhamdulillah dapat juga anugerah pingat perak dalam pertandingan tersebut.

Dalam kesibukan saya (teramat sibuk sebenarnya),  seorang bekas pelajar saya yang saya namakan Asiah (bukan nama sebenar) menghantar SMS ingin berjumpa dengan saya. Saya tiada pilihan melainkan mengizinkan pertemuan tersebut. Asiah sewaktu di dalam kelas saya dahulu memang baik orangnya. Banyak perkara yang sudah dipelajarinya. Akhlaknya juga sudah berubah lantaran ilmu yang telah dipelajarinya. Namun Asiah sudah kena tipuan dari syaitan iaitu ia merasakan ilmu yang telah dipelajarinya dari saya sudah mencukupi untuk beliau melayari alam perkahwinan ini.

Saya sudah terasa bahawa Asiah sedang mengalami masalah yang besar apabila setelah sekian lama Asiah menemui saya pada bulan lepas bercerita bahawa beliau sudah berkahwin. Dari penampilan diri menyerlahkan bahawa Asiah sedang mengalami masalah besar. Namun ini semua adalah sekadar telahan saya sahaja. Apabila Asiah mengirim SMS menyatakan hasrat untuk bertemu saya, tekaan saya semakin ternyata benar. Kebenaran tekaan ini terserlah apabila perkara yang dibincangkan antara kami memanglah perkara besar.

Pada permulaan pertemuan, Asiah menceritakan bahawa beliau baru sahaja keguguran. Daripada ilmu yang diajarkan oleh arwah guru, keguguran adalah diakibatkan masalah besar yang selalunya disebabkan pergeseran antara isteri dengan suaminya. Asiah baru sahaja berkahwin belum sampai pun setahun tetapi beliau sudah mengalami pergeseran yang panas. Kini tiba giliran saya untuk mencari apakah sebenarnya punca masalah besar pergeseran antara Asiah dengan suaminya. Hasil dari temubual saya dengan Asiah, berikut adalah kesimpulan temubual tersebut:

  1. Asiah sangat cemburu dengan suaminya dan amat terasa perasaan cemburu ini apabila suaminya balik lewat atau sedikit lewat dari kebiasaan.
  2. Perasaan cemburu ini akhirnya menyebabkan pergeseran antara mereka apabila suami balik lewat.
  3. Perasaan cemburu ini timbul kerana kegusaran di dalam hatinya bahawa suaminya akan terpikat dengan orang ketiga.
Setelah menemui punca masalah Asiah ini, saya mula mengatur langkah mencari pendekatan terbaik untuk mendidik Asiah semoga beliau dapat keluar dari permasalahan yang besar ini. Saya memulakan soalan “apakah hukumnya menolak hanya satu perkataan di dalam Al Quran?”. Asiah bersetuju bahawa penolakan ini akan menjadikan pelakunya rosak akidah atau bahasa mudahnya KAFIR kerana menolak ketetapan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam Al Quran. Perkara ini dijelaskan oleh ramai ulamak dan saya copy paste berikut sekali lagi ketetapan sebagaimana yang ditulis oleh  Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) mengenai hal-hal yang menggugurkan Islam.
Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:

1.      Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu  bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".
Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:
"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'." 

2.   Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.

3.   Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.
(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)

4.   Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.

5.   Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.
      (Sebagai latihan, apakah hukum seseorang yang membenci hukum poligami dalam Islam.)

6.      Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya
"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

7.      Sihir: seperti sharf  dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:
Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".

8.   Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:
Al Maidah: 51. Ertinya:
"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".

9.   Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.

10.  Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya?  Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".

Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.

Seterusnya saya mengemukakan soalan kedua iaitu ”Apakah hukumnya menolak atau membenci hukum potong tangan bagi mereka yang tidak berhak untuk mencuri”. Asiah juga bersetuju bahawa hukumnya adalah rosak akidah atau menjadi kafir.

Seterusnya saya mengemukakan soalan ketiga iaitu “Apakah hukumnya menolak atau membenci hukum poligami dalam Islam?”. Asiah yang sudah diperangkap dengan soalan satu dan dua dengan teragak-agak terpaksa menjawab antara kedengaran dengan tidak iaitu “rosak akidah atau menjadi kafir”.

Saya terus menasihati Asiah bahawa sesungguhnya beliau telah membenarkan dirinya menjadi kafir kerana membenci serta menolak hukum poligami yang dibenarkan dan menjadi satu sunnah dalam Islam. Saya terus menasihati Asiah bahawa saya menjelaskan perkara ini bukan kerana menyuruh suaminya berpoligami tetapi adalah kerana memaksakan Asiah agar redha dengan segala hukum dalam syariaat Islam. Menolak satu hukum atau membencinya menjadikan pelakunya terkeluar dari Islam. Perkara ini telah pun saya kupas dalam artikel saya terdahulu bertajuk “Bacaan penting kaum hawa ” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/208 .

Saya memanjangkan nasihat saya dengan menjelaskan bahawa setiap dosa akan membawa kepada musibah sesuai dengan Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya?  Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".
An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Seterusnya saya mengulangi semula rentetan masalah yang telah di lalui oleh Asiah sebagaimana berikut:

1.       Asiah melakukan dosa terbesar di dalam Islam iiaitu menolak dan membenci hukum poligami dalam Islam

2.       Kebencian ini menyebabkan Asiah sentiasa buruk sangka terhadap suaminya (dzan). Islam telah memperingatkan dengan sekeras-kerasnya tentang buruk-sangka, baik kepada Allah maupun kepada sesama manusia. Dia berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut melahirkan sifat-sifat zalim dan sebagainya. Akibatnya seseorang insan akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa buruk sangka dengan suaminya serta tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Buruk sangka paling besar bagi Asiah ialah suaminya terpikat dengan perempuan lain.

3.       Perasaan buruk sangka ini seterusnya menerbitkan perasaan cemburu atau cemburu buta terhadap suaminya.

4.       Buruk sangka dan cemburu ini seterusnya membuahkan pelbagai masalah antara mereka seperti pergeseran dan pergeseran ini adalah hadiah daripada Allah kerana kesilapan Asiah melakukan perkara yang ditegah Islam iaitu menolak poligami, buruk sangka dan cemburu buta.

5.       Kemuncak kepada musibah daripada Allah di atas segala kesilapan yang berlaku kepada Asiah serta kesilapan juga kepada suami kerana tidak mendidik isterinya mengikut acuan Islam maka Allah SWT mengurniakan KEGUGURAN.

Sebagai penutup perbincangan saya dengan Asiah, saya menasihati agar sekembalinya Asiah ke rumah, lakukanlah solat taubat 2 rakaat kerana sesungguhnya kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan amat besar di dalam Islam. Bertaubatlah dengan sesungguh taubat. Malam ini adukanlah segala kesilapan kepada suami dan mintalah keampunan darinya. Semoga Allah dan suami mengampunkan segala kesalahan dan semoga taubat ini dibalas dengan pelbagai rahmat.

Sehubungan dengan cerita Asiah ini saya ada juga mendengar cerita seorang hamba Allah sudah beristeri untuk agak lama namun apa yang dianugerahkan oleh Allah adalah isterinya sekadar keguguran melebihi 10 kali. Hingga sekarang hamba Allah ini masih belum dikurniakan anak. Saya dengar isteri hamba Allah ini bukan main cemburu dan “queen control” terhadap hamba Allah ini. Sampai bilalah hamba Allah dan isterinya ini berjaya memahami mesej yang disampaikan oleh  Allah melalui musibah keguguran ini.

Kepada semua pembaca Laman Emjay serta diri saya sendiri, terimalah dan redhalah dengan setiap ketetapan hukum dalam syariaat Islam. Menolak atau membenci salah satu darinya menjadikan pelakunya kafir. Apatah lagi kalau kita menolak lebih dari satu.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay

Friday, June 29, 2012

kawan

By hijjaz


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Friday, June 15, 2012

pengorbanan ibu bapa





Rintihan ayah ibu yang telah tua

Khusus untuk anak2 ku


Anakku yang ku sayangi…..

Pada suatu saat dikala kamu menyadari bahwa aku telah menjadi sangat tua,

cobalah berlaku sabar dan cobalah mengerti aku

Jika banyak makanan yang tercicir dikala aku makan……

Jika aku mendapatkan kesulitan ketika aku mengenakan pakaian ku sendiri, bersabarlah…….

Kenanglah saat-saat dimana aku meluangkan waktu ku

untuk mengajari mu tentang hal-hal yang belum kamu ketahui

pada waktu kecilmu

Jika aku mengulang mengatakan hal yang sama berpuluh-puluh kali,

Janganlah engkau menyuruhku untuk menghentikannya, dan dengarlah aku

Ketika kamu masih kecil, kamu selalu memintaku membacakan certa yang sama berulang-ulang

Dari malam yang satu ke malam yang lain hingga engkau tertidur

Dan aku lakukan itu untukmu

Jika badan ku bau, karena mungkin aku terlalu tua, sehingga lupa untuk mandi

Jangan katakan kepadaku bahwa itu memalukan

Ingatlah berapa banyak pengertian yang ku berikan ketika aku menyuruhmu untuk mandi di masa kecilmu

Dengan ketidaktahuanku tentang hal-hal yang baru

Jangan tertawakan aku, berilah aku waktu untuk memahaminya

Aku mengajarimu banyak hal…..

Cara makan yang baik…..

Cara berpakaian yang baik…….

Akhlak yang baik…….

Dan mengajarimu bagaimana jika kamu menghadapi suatu masalah

Jika aku tidak dapat mengerti dan mengikuti pembicaraan karena usia sudah menggerogoti kemampuan otakku

Beri aku waktu untuk mengingat dan mengikuti pembicaraan

Namun bila aku gagal janganlah engkau sombong dan memarahiku

Karena yang terpenting bagiku adalah aku dapat bersamamu dan dapat berbicara padamu

Jika aku tidak mau makan, jangan paksa aku

Aku tahu bila mana aku lapar, dan bila mana aku tidak lapar

Ketika kakiku tidak mampu untuk menyangga tubuhku untuk bergerak seperti sebelumnya

Bantulah aku dengan cara yang sama ketika aku merengkuhmu dengan tanganku,

Seperti ketika aku mengajarimu langkah-langkah pertamamu

Dan suatu saat nanti ketika aku katakan kepadamu bahwa aku ingin “pulang…………”

ketika aku ingin bertemu dengan orang-orang yang telah mendahului ku……..

karena pada saatnya nanti engkau pasti akan mengerti

Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku di masa-masa akhir hidupku dengan cinta dan kesabaran

Suatu hal yang membuatku terus berterimakasih kepadamu adalah senyum dan kecintaanmu kepadaku

Anakku aku mencintaimu……………….

Ayahmu, Ibumu


Sumber: @talazoft

Friday, May 25, 2012

hanya tuhan yang tahu

 By UNIC

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih