✿~ Nikahilah tujuh ciri-ciri 'mawar yang harum'. ~✿
◖••• Penyabar. •••◗
Wanita yang sentiasa bersabar walau dalam apa jua keadaan, dan tidak pernah mengeluh serta merintih apabila masalah atau dugaan menimpa dia. Dia sentiasa mengadu kepada Allah untuk segala pertolongan dengan penuh kesabaran.
◖••• Pelindung. •••◗
Wanita yang sentiasa melindungi harta dan maruah ketika ketiadaan suaminya, dan apabila suaminya kembali pulang ke rumah, dia tidak akan sesekali membebankan suaminya dengan masalah seharian, tetapi dia akan memberi sepenuh perhatian kepada suaminya, dan berusaha untuk menghilangkan segala kelelahan dan kepenatan suami.
◖••• Baik hati. •••◗
Wanita yang mempunyai sifat baik yang tinggi samada dengan jiran tetangga, sanak saudara dan tidak sesekali mengumpat dan berkata keji atau menunjukkan sifat cemburu yang tidak berasas.
◖••• Penuh syukur. •••◗
Wanita yang tidak memandang harta benda dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang diberi oleh suaminya. Dia sentiasa bersyukur atas segalanya, kerana telah diberi makan, pakaian, dan tempat tinggal yang selesa. Dia menunjukkan rasa syukurnya dengan setiap perilaku dan kata-kata yang baik kepada suaminya, dan sentiasa memberi ketenangan jiwa kepada suaminya.
◖••• Kekasih hati. •••◗
Wanita yang selalu merindui dan mengasihi suaminya, sentiasa menginginkan zuriat daripada suaminya, dan apabila suami memandang kepadanya, dia akan sentiasa mendoakan dengan penuh kasih sayang dari lubuk jiwa buat isterinya.
◖••• Solehah. •••◗
Wanita yang sentiasa memenuhi waktunya dengan berdzikir, membaca al-quran, dan solat. Di malam hari pula, dia sentiasa bangun untuk menunaikan tahajjud, air matanya sentiasa mengalir mengharap keampunan daripada Allah yang Maha Esa. Dia sentiasa mengajak suaminya untuk membimbing dan memberinya ilmu agama diwaktu kelapangan yang ada.
◖••• Si manis senyuman. •••◗
Wanita yang sentiasa memberikan senyuman apabila suaminya berada di rumah. Dia sentiasa berkata dengan lemah lembut, bagaikan ada mutiara yang terkeluar dari mulutnya. Dia tidak sesekali meninggikan suara apabila berkata dengan suaminya. Jika suaminya marah dan meninggikan suara kepadanya, dia tidak akan sesekali melawan semula dan tetap diamkan diri. Apabila kemarahan suaminya kembali reda, dia akan memberikan minuman yang sejuk dan meminta maaf kepada suaminya, walaupun ia bukanlah disebabkan kesalahan daripadanya.

No comments:
Post a Comment