"Kecuali orang orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu bersama sama orang orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang orang yang beriman"(An Nisa,ayat 146)
Bacalah dengan nama tuhanmu..
Thursday, November 24, 2011
Adab bersahabat..
1. Mengutamakan Sahabat dengan harta bendanya, Jikalau ia tidak berkuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendakkan sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4. Menutup keaiban sahabatnya.
5. Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap-cakap.
8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
10. Memuji sahabat dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya
12. Menegahkan orang lain apabila mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela drinya sendiri.
13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati
16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematian sahabatnya.
17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak diluar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabtnya.
21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
22. Hendaklah ia bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai kepintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya.
23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.
credit: halaqah.net
Monday, November 21, 2011
Tips Cinta – Petua Membentuk Cinta Abadi
Tips Cinta 1: Cinta sejati tidak pernah merasa sunyi walaupun orang yang tersayang tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran wajah kekasih, bayangan kenangan-kenangan manis dan harapan positif untuk membina hidup bahagia menjadi teman di kala bersendirian.
Apabila Anda bersendirian atau ketika pasangan tidak ada disisi, bayangakan seolah-olah dia ada di sisi Anda. Ketahuilah rasa sunyi dan rasa tidak diendahkan adalah emosi negatif.
Hentikan perasaan ini kerana ia akan menyusahkan diri Anda sendiri. Sebab, kenikmatan cinta akan hilang tak semena-mena, diganti oleh perasaan dipinggirkan oleh pasangan. Bahaya!
Cara terbaik, imaginasikan seolah-olah pasangan ada bersama Anda, seolah-olah Anda mendengar suaranya, mendengar tawanya dan merasai kegirangannya. Bila Anda selalu lakukan teknik ini, Anda tidak akan pernah merasa sunyi walaupun kekasih hati tidak ada di sisi. Dengan melakukan hal ini, Anda sudah membina emosi positif, iaitu dengan merasai kenikmatan cinta.
Sedekahkah bacaan surah Al-Fatihah untuk dirinya, semoga dengan pahala yang Anda sedekahkan itu dia mengingati Anda selalu dan ingatan itu baik-baik sahaja. Cinta terbaik adalah cinta dibina berlandaskan agama, iaitu Anda mencinta pasangan Anda sebagai ibadah Anda kepada Allah.
Moga dari memberi cinta, Anda diberi pahala oleh ALLAH. Dengan pahala yang Anda kumpul, moga dari situ ALLAH merahmati kehidupan Anda lantas membukakan pintu-pintu kejayaan buat Anda juga buat pasangan Anda.
Motivasi cinta ada di mana-mana, sebaik-baik motivasi dalam menikmati cinta adalah memberi cinta dengan mengharap balasan pahala dari ALLAH Yang Maha Esa.
Tips Cinta 2: Sebaik-baik cinta adalah cinta kerana Allah. Motivasi cinta hadir apabila ada keinginan mahu memberikan yang terbaik kepada pasangan di dorong oleh rasa ingin berbakti sebagai satu ibadah. Moga dari ibadah yang dilakukan, ALLAH memberi ganjaran pahala. Dari pahala yang terkumpul, moga dari situ Allah memberkati kehidupan Anda dan pasangan.
Sebab kenapa banyak rumah tangga wujud pecah belah dan banyak pasangan cinta menemui jalan buntu adalah kerana perhubungan mereka tidak ada ROH. Tidak ada aura pertalian (connection) yang dibina atas dasar yang kukuh.
Roh cinta terbina hasil dari mentaati suruhan ALLAH, menjaga sembahyang, bersangka baik, saling percaya dan saling maaf-memaafi.
Cinta kerana Allah dapat membentuk cinta sejati, bagaimana?
Anda mencintai pasangan Anda kerana ALLAH, iaitu kerana Anda anggap menyayangi dirinya merupakan ibadah sunat buat diri Anda. Anda memasang niat mahu mencintai, menjagai dan bertanggungjawab kepada pasangan Anda supaya ALLAH sayangkan Anda, supaya taqwa Anda kepada ALLAH meningkat.
Apabila Anda sayang seseorang kerana Allah, serta merta akan timbul perasaan mahu menyayangi dirinya sepenuh hati tanpa mengharap balasan sedikitpun. Semakin Anda anggap cinta sebagai ibadah, semakin terdoronglah Anda untuk menyayangi dirinya. Alangkah baik jika Anda dan pasangan mempunyai mindset sebegini. Kedua-dua Anda akan semakin bahagia.
Orang bertaqwa sering mendahulukan Tuhan termasuk dalam hal menikmati cinta.
Baginya, apabila mencintai seseorang, dia melihat kekuasaan ALLAH di situ.
Dia akan anggap dengan izin ALLAH, dia dapat berjumpa dengan pasangan hidupnya. Dengan izin ALLAH, cinta buat dirinya hadir di hati pasangan hidupnya tanpa dia sendiri menyedari. Dengan izin ALLAH jugalah, mereka saling sayang-menyayangi dan membuat keputusan untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.
Jika cinta Anda bermasalah dan Anda tidak menemui motivasi cinta, kaji balik apa niat Anda dalam bercinta. Sebab apa Anda cintai pasangan Anda? Tanya diri Anda dengan soalan ini. Jawapan akan muncul dalam bentuk ilham,idea atau gerak hati. Jika Anda selalu lupakan Tuhan, ketahuilah masalah diturunkan sebagai teguran bahawa Anda sudah selalu lupakan Tuhan.
Untuk membentuk cinta abadi yang berpanjangan jodohnya, asaskan cinta dengan pengharapan kepada ALLAH. Biar rasa pasrah dan berserah pada ketentuan ALLAH tumbuh menebal di hati Anda dan pasangan, dari situ Anda dengan dia dapat beribadah bersama-sama, juga saling memberi yang terbaik buat pasangan masing-masing simply kerana ia satu ibadah.
Tidak akan ada sikap ungkit-mengungkit, panas-memanas, sikap ego, cemburu, bersangka buruk dan tidak ada sikap mementingkan diri sendiri.
Satu Sikap Yang Menghalang Anda Dari Merasai Nikmat Bersyukur
Sumber : iMotivasi
Jika Anda sudah pernah membaca tentang Diari Kesyukur dan Senarai Kesyukuran dalam artikel lalu, kemudian Anda ikuti langkah-langkah yang disarankan, tapi Anda susah untuk merasa bersyukur…disinilah Anda akan tahu apa sebabnya.
Sebab, di hati Anda masih ada titik hitam. Hati Anda ibarat cermin jernih yang tembus pandang. Titik-titik hitam yang mengotori hati Anda akan menggelapkan permukaannya lantas menyukarkan cahaya untuk menembusinya. Anda pun susah untuk melihat semua yang ada di sebalik cermin.
Jika hati Anda sama seperti sebuah cermin, maka susahlah untuk Anda melihat secara tembus pandang. Anda tidak akan dapat melihat ke depan kerana penglihatan Anda terhalang. Bayangkanlah Anda sedang memandu. Mata Anda terus ke depan, menembusi cermin kereta.
Apa akan terjadi apabila tiba-tiba ada banyak titik-titik hitam muncul tak semena-mena di permukaan cermin kereta Anda? Anda akan rasa tidak selesa. Anda susah nak memandu dengan lancar. Anda jadi marah. Tiba-tiba rasa tidak puas hati.
Nah..begitu jugalah dengan hati Anda. Cahaya (nur) susah untuk menembusi hati apabila ada banyak bintik-bintik hitam. Hati Anda susah untuk menjadi hati yang jernih lagi bersih sebab hati Anda kotor dengan puluhan ribu bintik-bintik hitam.
Rasa kesyukuran adalah emosi bersifat cahaya, iaitu emosi positif yang kedua tinggi kuasanya. Ia bersifat cahaya kerana apabila rasa bersyukur wujud dalam diri Anda, kesannya Anda akan merasa bersemangat semula, emosi Anda berubah jadi emosi bersemangat, Anda jadi berinspirasi.
Motivasi Anda hadir tak semena-mena dalam jumlah yang tinggi. Motivasi Anda menyala-nyala. Semangat Anda marak membakar.
Semua ini tidak akan berlaku apabila wujud bintik-bintik hitam yang mengotori hati Anda. Dari mana bintik-bintik hitam tu muncul?
Ia datang dari Anda. Bintik hitam di hati muncul dari sikap negatif Anda, diransang oleh emosi negatif yang wujud di fikiran. Emosi negatif ini diransang oleh bisikan-bisikan syaitan. Kerjanya tak ada lain. Berusaha keras membuat Anda lupakan ALLAH, simply dengan mengapi-apikan marah. Marah mengakibatkan Anda jadi tidak puas hati.
Emosi-emosi positif membuat Anda dekat dengan Tuhan. Emosi negatif membuat Anda jauh dari Tuhan. Maka apabila Anda mahu hadirkan rasa bersyukur tapi Anda susah untuk rasai kesannya, ketahuilah hati Anda masih lagi kotor.
Anda kena bersihkan. Caranya, sebelum tidur maafkan kesalahan semua orang yang berbuat salah pada Anda dari dulu sampai hari ini.
Sebagai contoh, mungkin ada kawan yang sindir Anda, mungkin bos Anda marahkan Anda, mungkin isteri Anda meleteri Anda, mungkin anak Anda perlekehkan Anda, mungkin klien Anda memaki-maki Anda hingga Anda rasa ‘down’, mungkin sahabat Anda berjanji tapi dia mungkiri janji dengan Anda.
Semua situasi tadi tu menyakitkan hati Anda (betul kan?). Setiap kali Anda sakit hati, setiap kali itu jugalah muncul bintik-bintik hitam di hati Anda dalam jumlah yang banyak. Cemana kalau Anda sudah berdendam? Pasti bintik hitam itu jadi makin membanyak, makin menebal.
Sikap suka memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur dapat menghilangkan bintik-bintik hitam lantas membuat Anda jadi bersemangat pada keesokan harinya. Amalan ini baik untuk mencuci hati.
Untuk impak maksima, lafazkan istighfar dengan setulus hati.
Mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada ALLAH kerana Anda telah berasa sakit hati pada orang lain. Istighfarlah banyak-banyak. Rasai rasa memohon maaf itu, rasai sedalam-dalamnya hingga air mata Anda mengalir tak semena-mena.
Rasa sakit hati diransang oleh bisikan-bisikan halus dari syaitan, kerana syaitan mahu Anda lupakan Tuhan sebab itu dia mengapi-apikan rasa tidak puas hati Anda. Bila Anda selalu melafaz istighfar dan selalu memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya seolah-olah tiada apa berlaku, maka bisikan-bisikan halus dari syaitan tidak akan memberi kesan lagi pada Anda.
Cahaya Tuhan (nur) akan mudah masuk ke hati. Tiap kali Anda mahu rasa bersyukur, Anda akan merasainya serta merta tanpa ada halangan, tanpa ada rasa gusar, tanpa ada sangsi. Bila rasa bersyukur ada, emosi Anda akan terubah jadi positif, Anda rasa terhibur (joy), rasa bersemangat (passionate), rasa gembira dan rasa bahagia.
Elak dari rasa tidak puas hati. Elak untuk marah.
Lebih baik memberi maaf dari cepat naik marah. Sebab, kelak diri Anda merana.
Marah itu emosi negatif.
Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan.
Sunday, November 13, 2011
Renungan..
By: myilham.com
Jangan terima sahabat kecuali atas dasar AKIDAH. Bersahabat biarlah kerana Allah dan ikatan hati antara kita dan sahabat2 biarlah diikat dengan kecintaan kepada Allah. Mahu ke Syurga bersama-sama.
Jangan mudah menganggap seseorang sebagai 'sahabat' , hanya kerana 'boleh masuk', rasa serasi, ada manfaat tertentu, ada 'geng' dan sebagainya.
Kelak bila rasa dikhianati, kita akan nanar dan hilang punca. Bak kata lagu Hijjaz, kadang2 mereka jadi Kawan, kadang2 mereka jadi Lawan.
Rasa terlalu INGIN MEMILIKI seringkali mmbuatkan manusia lupa diri. Ini hak aku, itu hak aku. Kadang2 dek terlalu ikutkan hati kita lupa pada Ilahi. Kalau ada duit banyak, kita nak pastikan duit itu sampai bila2 jadi hak kita. Kalau ada suami pulak, kita nak pastikan suami itu sampai bila2 jadi hak kita. Diambil tak boleh, dikongsi jauh sekali.
Bukan soalnya itu hak kita atau tidak, tetapi keengganan diri mengembalikan rasa 'pemilikan' itu kepada Allah adalah suatu perkara yang malang. Kalau sehelai bulu roma di tubuh kita pun bukan milik kita, apa lagi perkara yang lain?
Menyedari ini, seharusnya menjadikan kita manusia yang sederhana. Hak yang kita lihat sebagai hak, sebenarnya hanyalah pinjaman. Boleh jadi pinjaman itu menghantar kita ke SYURGA dan boleh jadi pinjaman itu menendang kita ke NERAKA. Renung2kan.
By: myilham.com
Jangan Pilih Kerana Kagum!
by myilham.com on Thursday, November 10, 2011 at 5:59am
" Hebat kan Muslim tu. Dah la suara sedap. Segak pulak tu.. ". Bisik Aida kepada kawan baiknya, sambil pipinya kemerahan tak semena-mena.
" Aku tak pernah jumpa perempuan sematang dia. Seronok kerja dengan dia, semua jadi mudah. Kalau aku tersangkut, buntu, dia tak pernah hampakan aku.." Rizal seronok bercerita tentang Sakina, gadis awal 20-an yang sangat dikaguminya.
Kagum.
Perasaan biasa yang akan mendatangi diri saat terlihat perkara-perkara yang hebat. Kagum dengan kekayaan seseorang, kagum dengan kepandaian seseorang, kagum dengan susuk tubuh seseorang, kagum dengan kecantikan dan ke'hensem'an seseorang.
Bukan soal perasaan biasa tersebut yang mahu dibicarakan. Tetapi tentang memilih calon untuk sehidup semati atas dasar kekaguman!
Kelebihan dan kekurangan adalah dua elemen yang Allah ciptakan secara bersama dalam diri seseorang manusia. Kagum yang positif adalah :
1- Kagum dengan kelebihan seseorang dan mengembalikannya kepada Allah.
2- Menginsafi juga bahawa dalam masa yang sama dia tetap punya kelemahan.
Sebabnya, kerap kali juga berlaku masalah kagum yang negatif kepada seseorang manusia. Maksudnya, kagum semata-mata kagum tanpa mengembalikannya kepada Allah, kemudian menganggap orang yang dikagumi itu tidak punya kelemahan kecuali sekadar picisan.
Sebagai contoh, banyak berlaku, 'ustazah' kagum kepada 'ustaz' kerana dilihat ilmu agamanya yang tinggi, pandai berceramah, hebat berhujah dan sebagainya. Kebetulan, si 'ustaz' itu pula masuk melamar, lalu dengan pantas diterima. Akhirnya barulah merasa sesal. Kerana apa? Banyak kelemahan dan sudut pandang lain yang tidak kelihatan sebelum menerima baru terzahir selepas berumahtangga.
Kalaupun kagum kerana hebat berceramah dan petah berhujah, jangan sampai dilupa penilaian akhlak, adab, dan etika seseorang manusia. Ramai 'ustaz' yang kelihatan gah di medan, namun hakikatnya seorang yang panas baran, ego to the max, keras kepala, 'king control' dan sebagainya.
Itu hanya contoh kekaguman yang biasa dilihat, bukan bermakna saya maksudkan golongan 'ustaz' atau 'ustazah' seperti itu. Cuma mahu menyingkap hakikat, bahawa setiap manusia ada sudut lemah masing-masing yang perlu diperbaiki.
Masalah menjadi masalah apabila memulakan hidup dengan rasa kagum dan meneruskan hidup juga dengan rasa kagum. Kagum dan menganggap bakal pasangan sebagai sangat hebat, lalu terus diterima sebagai teman hidup. Kemudian, kagum dan terus menganggap pasangan sebagai 'orang hebat' lalu segala keburukan dan kelemahan pasangan langsung tidak pernah ditegur apatah lagi diperbaiki.
Positifkah rumahtangga seperti itu?
Jadi, kalau mahu menerima pasangan, jangan pilih kerana kagum. Jangan sama sekali. Kagum itu kalau boleh, letakkan sekadar satu 'bonus' sahaja. Nilai dari banyak lagi sudut yang lain. Adakala, satu ciri yang kita kagum-kagumkan, rupanya di sana ada sepuluh lagi ciri yang kita benci dan tidak inginkan.
Kagum kepada seorang figure yang hebat, seorang pemidato yang hebat, seorang penulis yang hebat dan sebagainya, jangan lupa kembalikan kepada Allah. Dia yang memberi kehebatan2 tersebut sebagai pinjaman. Jangan puja dan puji orang lain secara berlebihan, sehingga menidakkan sebuah kekurangan. Hebat mana pun manusia, sudut aibnya tetap ada.
Kerana sikap kitalah timbul masalah, apabila terzahir keburukan pada seseorang yang kita kagum, maka kita tak boleh terima hakikat. Kalau dia hensem, kita mahu dia seperti Nabi Yusuf. Kalau dia cantik, kita mahu dia seperti Aishah Humaira. Kalau dia pandai, kita mahu dia seperti Luqman Al Hakim.
Apabila dia terpaksa mengakui hakikat bahawa dia bukanlah insan2 tersebut ( dengan melakukan kesalahan, atau terzahir keburukan ) maka kita cenderung memandang serong, sukar memaafkan dan enggan menerima. Samada kita terus menerima dia dengan menafikan keburukan yang ada, atau kita menjauhinya dengan menganggap dirinya sampah yang tidak boleh dipercaya.
Kesimpulannya, kalau dalam bab nak berumahtangga, jangan jadikan faktor KAGUM sebagai penilaian utama. Lebih banyak kesan negatif dari positifnya, percayalah. Kita nak berumahtangga bukan dengan Malaikat tetapi dengan manusia. Soalnya bukan pasangan kita nanti ada kelemahan ataupun tidak ( kerana dah memang comfirm ada kelemahan ) tetapi soalnya adalah sejauh mana kita mampu melengkapi kekurangan dan mengislah keburukan yang ada pada pasangan kita.
Sama2 kita renungkan.