Sumber: Solusi; Ir Ahmad Jais Alias al-Syazili
Jika kita membina tembok yang menghijab diri kita daripada
ditegur, bukankah kita sedang menolak kebenaran? Orang yang enggan mendengar
pendapat dan pandangan orang lain, bukankah dia tidak membuka pintu hikmah dan
kebenaran? Orang yang tidak mahu mendengar nasihat, akan mudah terjerumus
kepada kebatilan, bukan begitu? Anak yang tidak mendengar cakap, bukankah akan
jadi anak derhaka? Jika sang bijak pandai yang tidak mahu menerima pandangan,
maka jadilah dia seorang yang angkuh.
Justeru, pesan guruku, tanda orang bijak itu:
Pertama: mendengar
Kedua: mendengar
Ketiga: mendengar
Keempat: barulah berkata-kata(memberi pendapat dan fatwa)
Komunikasi berkesan juga bermula dengan menjadi pendengar
yang baik. Seperti kata Stephen Covey; “Seek to understand, then to be
understood.”(Berusahalah untuk memahami terlebih dahulu, barulah kamu akan
difahami).
No comments:
Post a Comment