Bacalah dengan nama tuhanmu..

Bacalah dengan nama tuhanmu..

Thursday, October 18, 2012

Renungan..



Sumber : myilham.com

Kahwin bukan titik noktah kepada pencarian sebuah cinta.

Ramai orang menganggap, bila dah berkahwin, itulah cintanya, itulah nyawa dan itulah seluruh hidupnya. Sedangkan perkahwinan itu tidak lebih sekadar sebuah ujian dalam kehidupan yang sementara. Ramai orang berkahwin dan mahu dirinya dicintai, namun tidak semuanya menemui cinta seperti yang diharapkan.

Ada yang ditipu, diperhamba, dikhianati. Ada yang bermula dengan sayang sepenuh hati tetapi berakhir dengan benci sampai mati. Cinta yang diharapkan, bahagia yang diimpikan, tetapi malapetaka yang dihadirkan.

Muslim yang positif, tidak akan keterlaluan dalam apa juga tindakan, termasuk dalam bab bercinta.

Selalu saya ingatkan, bahawa cinta sejati hanyalah cinta Ilahi. Sehebat mana pun manusia yang kita temui, pasti akan ada cacat celanya. Itu bukan cinta sempurna. Cinta sempurna hanya pada Allah.

Apa beza orang yang menyedari perkara ini dengan orang yang tidak sedar?

Yang tidak sedar, mereka akan melupakan segala perkara akibat teruja mendapat cinta manusia, termasuklah hakikat CINTA yang sebenar.

Namun, mereka yang sedar akan bercinta seadanya sahaja. Dicintai KERANA ALLAH, dibenci juga KERANA ALLAH. Apa sekalipun yang berlaku dalam episod cintanya dengan manusia, dia tidak akan mengalah, lantaran CINTANYA kepada Allah tidak pernah kurang, tidak pernah diketepikan dan tidak pernah hilang.

Merekalah manusia yang paling bahagia, meskipun di dunia mereka kelihatan berduka. Sehebat mana pun hadiah dari kekasih yang kita cinta, ia tidak menyamai hebatnya hadiah daripada Pemilik segala CINTA.

Mereka yang mencintai Allah, Syurga adalah ganjarannya. Cintakan manusia seadanya, jangan dilupakan CINTA kepada Yang Maha Esa, kerana apa sekalipun yang berlaku dalam hidup kita, DIA tidak pernah meninggalkan kita sendirian dalam menghadapi segalanya :')

Salam Jumu'ah Mubarakah

No comments:

Post a Comment