Bacalah dengan nama tuhanmu..

Bacalah dengan nama tuhanmu..

Tuesday, August 3, 2010

Ujian..

Kadang2 menitis air mata
Mengenangkan dosa2 yang terbeban di bahu
Diri berazam untuk berubah
Namun tak tercapai
Dek kecintaan kepada dunia
Cinta kepada pujian manusia
Cinta kepada kemewahan
Cinta kepada darjat

Kasih sayang umpama debu
Kasih yang tidak berdasarkan kepadaNya yang satu
Bisa hilang apabila ditiup angin kemiskinan

Apabila ujian duniawi menimpa
Keluhan,ratapan dan air mata silih berganti
Tidak pula bersyukur dengan nikmat yang ada
Semua ini berpunca dari hati yang sakit

Diri diibaratkan kapal yang terumbang-ambing
Yang dipukul ombak kegelisahan
Terkapai-kapai dalam mencari kebahagiaan sejati

Mengertilah ketenangan dan kebahagian itu hanya milik Allah,
Yang maha memberi,Yang Maha Pengasih
Redhalah dengan ujian yang datang
Beribadatlah dengan hati yang ikhlas
Berkasih sayanglah sesama manusia hanya keranaNya

Kerana tanpa ujian
Kita tidak akan menjadi mukmin yang kuat




No comments:

Post a Comment