Bacalah dengan nama tuhanmu..

Bacalah dengan nama tuhanmu..

Tuesday, February 21, 2012

Setiap amalan mesti disertai dengan niat...



Sebagai seorang pelajar, sering kali tujuan atau niat kita dalam menuntut ilmu terpesong dari landasan yang betul.Mesti jugak terdetik dihati yang aku nak melancong puas2 bila dah kerja nanti,nak beli kereta besar,punya rumah yang mewah dan semuanya berkaitan dengan keindahan duniawi semata-mata.Padahal,niat menuntut ilmu hanyalah keranaNya..dan ilmu yang kita dapat semasa belajar hendaklah dapat dimanfaatkan pada diri dan juga orang lain..

Bila kita menuntut ilmu untuk kepentingan duniawi semata-mata, kita mungkin akan dapat merasa kesenangan duniawi tersebut namun semua itu hanya bersifat sementara kerana hati yang sudah terpesong niatnya sudah tentu sentiasa merasa resah gelisah, gundah lebih2 lagi bila kita tidak dapat memenuhi kepentingan duniawi.

Kita melakukan sesuatu kerja pun secara tidak bersungguh2 jika kerja tersebut tidak memberi keuntungan duniawi.Contohnya,seorang itu diberi amanah untuk menjaga suatu barang tetapi cenderung untuk mengabaikannya kerana merasakan perkara tersebut tak menguntungkannya pun sebab tidak mendapat sebarang upah. Contohnya;Biarlah barang 2 nak hilang pun,bukan aku punya..lgipun aku tak rugi pun..

Hati yang terlalu mementingkan kepentingan duniawi juga akan menyebabkan seseorang itu bersikap tidak cakna dan mementingkan diri..oleh sebab itu,setiap perbuatan dan amalan hendaklah hanya keranaNya..

Marilah kita sama2 menghayati lagu hijjaz-hukum tuhan..:)

Lirik Hukum Tuhan - Hijjaz

Buatlah yang baik pada manusia
Dengan kerelaan serta keikhlasan
Jerih payah kita tidak sia-sia
Tuhan dah berjanji memberi balasan

Pabila yang baik kita lakukan
Balasan yang baik akan gantinya
Itu semua usah ragukan
Berlipat ganda kelak kan datang gantinya

Demikian pula perbuatan buruk
Semuanya itu akan diganjar
Meskipun betapa pandainya menyorok
Namun hukum Tuhan akan mengejar

Tuhan telah jelas menyatakan
Amal buruk jangan dikerjakan
Siapa berbuat akan merasakan
Azab dan siksaan sebagai balasan